Tular Foto Cacing Parasit Dalam Telur Ikan, Ahli Kimia Jelaskan Kesan Kepada Yang Makan.

Tentu ramai kan yang suka makan telur ikan? Lagi besar telur ikan tu lagi selera bila makan dengan nasi.

Pun begitu, mungkin ada yang tidak tahu bahawa telur ikan juga mempunyai cacing parasit yang akan memberikan kesan buruk jika tidak dibuang atau tidak dimasak dengan suhu yang betul.

Menerusi perkongsian Fatimah Salim di page Makmal Makanan (MaMa) di Facebook, ia merupakan cacing parasit jenis roundworm (nematodes).telur ikan

BAHAYA KE MAKAN TELUR IKAN?

Ikuti penjelasan lebih lanjut darinya di bawah ini.

Merujuk kepada ss di bawah, kelihatannya telur ikan telah didiami cacing parasit jenis roundworm (nematodes).

Parasit sebegini biasa saja terdapat dalam tubuh makanan laut terutamanya ikan. Rantaian kitaran hidup cacing ini bermula dengan perumah (host) asal iaitu singa laut atau ikan dolfin. Haiwan laut yang dijangkiti ini akan membuang najis yang mengandungi telur cacing. Telur ini akan menetas kepada larva lalu menjadi makanan kepada hidupan laut kecil lain seperti udang dan ketam. Mereka ini pula dimakan oleh ikan.

Larva ini mampu memasuki bahagian badan ikan yang lain melalui saluran pengadaman. Selain daripada larva, cacing parasit dewasa juga boleh memasuki bahagian badan ikan yang lain melalui perut dan mendiami bahagian badan ikan tersebut termasuklah telur ikan seperti dalam ss di bawah.

Risiko kesihatan daripada parasit dalam makanan adalah kurang jika dibandingkan dengan bakteria. Namun, parasit ini terutamanya dalam bentuk larva boleh menjadi bahaya jika ikan dimakan mentah. Ianya boleh menyebabkan jangkitan parasit anisakiasis pada selaput perut. Antara gejala jangkitannya adalah sakit perut, muntah, pening, cirit-birit, najis berlendir dan berdarah, dan demam.

Jika anda terbeli ikan atau bahagiannya yang mengandungi cacing parasit ini, boleh buang saja cacingnya. Dan jika tidak perasan akan kehadiran makhluk ini, sebenarnya suhu memasak dengan sempurna sudah cukup untuk membunuh parasit ini. Cuma isunya lebih kepada kebersihan dan rasa geli lah.

Nota: Jangan pula keliru cacing dengan saluran darah yang sememangnya jelas terdapat pada telur ikan ya.

Sumber: Fatimah Salim

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 + three =