Terkandas Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Perlu Anda Buat!

Terkandas Dalam Banjir Ketika Memandu? Jangan Panik, Ini 9 Perkara Perlu Anda Buat! | Musim hujan sekarang ni rasa takut pula nak keluar sebab sana-sini kita dengar tentang isu banjir.

Bayangkan, tengah drive tiba-tiba jalan raya di hadapan dipenuhi air. Untuk mereka yang pertama kali menghadapi situasi terkandas dalam banjir ketika memandu ni, mesti cuak gila kan?

Nah, apa yang perlu anda lakukan sekiranya melalui jalan raya yang dinaiki air banjir, patah balik dan cara laluan alternatif lain yang lebih selamat. Anda juga boleh mencari tempat untuk berhenti sebentar sementara menunggu hujan berhenti.

Jangan ambil risiko untuk meneruskan perjalanan kerana kita tidak tahu paras kedalaman air tersebut mungkin boleh melebihi di luar jangkaan. Lagi bahaya kalau anda lalu di kawasan laluan sungai yang melimpah. Takut-takut kenderaan anda akan menghadapi risiko dihanyutkan arus air.

Jadi kalau berhadapan dengan situasi terkandas dalam banjir ketika memandu, sebaiknya anda lakukan 9 tip berikut:

1. Jangan redah banjir jika tidak pasti kedalamannya. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penanda.Terkandas Dalam Banjir

BACA JUGA : Inilah 5 Langkah Mengurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Ditenggelami Banjir

2. Jika mahu redah juga, pasti kan anda melalui bahagian yang paling tinggi.

3. Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan. Biarkan kenderaan di depan melepasi anda terlebih dahulu.

4. Semasa terkandas dalam banjir pasti kan anda dapat lihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.

5. Pemanduan yang laju adalah sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutamanya bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ini boleh menyebabkan anda hilang kawalan akibat masalah aquaplaning iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.

6. Pandu dengan jarak yang selamat di antara kereta di bahagian depan.

7. Jangan memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir deras kerana anda berisiko untuk dihanyutkan air.

8. Uji brek kereta anda selepas melepasi banjir.

9. Jika enjin mati, jangan cuba hidupkan enjin semula kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku. Sebaiknya, minta bantuan sama ada pihak insurans untuk menghantar tow truck atau bantuan daripada kenalan rapat.

Sumber: PanduLaju

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

18 − twelve =