Tanggalkan Warna Yang Turun Pada Pakaian Putih Dengan Perahan Limau

Baju putih ni selalunya akan dibasuh asing, tetapi kadang-kadang tu terlepas pandang juga tercampur dengan pakaian berwarna. Mula lah jadi bertompok-tompok ataupun warna putih tu terus jadi kusam.

Rasa sayang pula jika mahu dibuang, paling teruk sekali kalau baju tu baju kegemaran suami atau anak-anak. Runsing la nak menjawabnya nanti.

Tapi jangan risau, anda tak perlu buang pun. Disini kami ada beberapa tips hebat untuk hilangkan kesan warna pada baju kesayangan anda tu.

Jom! Check it out,tanggalkan warna turun dari baju putih, baju turun warna, baju warna turun color, warna turun pada baju putih

1. Clorox Lemon

Ambil 1 skop sabun basuh baju masukkan kedalam baldi. Isikan dengan air kemudian masukkan 5 penutup botol clorox lemon. Kacau air tadi sehingga sebati. Masukkan baju putih yang terkena tompokan dan biarkan rendam semalaman sebelum dicuci bersih.

2. Perahan Limau

Sediakan setengah baldi air panas bersama air perahan limau. Rendamkan baju yang terkena warna tadi dalam baldi yang berisi air panas tadi. Bilangan biji limau bergantug pada tahap warna yang melekat pada baju anda. Jika kesannya banyak maka anda juga perlukan perahan yang banyak.

3. Rebus Baju

Anda cuma perlu rebus sahaja baju yang terkena kotoran itu sehingga warnanya hilang. Tetapi bergantung juga pada jenis kainnya. Jika kain nipis dan sensitif, anda hanya perlu rendamkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum cuci.

Mudah kan. Jadi tak perlu lagi nak susah hati jika baju baru anda terkena kesan warna. Dengan menggunakan 3 teknik mudah ini pasti masalah akan selesai. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Tip Mudah Mengembalikan Seri Pakaian Berwarna Putih

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

four + 13 =