Inilah 3 Cara Hilangkan Kesan Warna Turun Pada Pakaian Lain, Tak Perlu Buang Baju Yang Dah Bercampur Warna. - Petua Ibu

Inilah 3 Cara Hilangkan Kesan Warna Turun Pada Pakaian Lain, Tak Perlu Buang Baju Yang Dah Bercampur Warna.

Inilah Cara Hilangkan Kesan Warna Turun Pada Pakaian Lain, Tak Perlu Buang Baju Yang Dah Bercampur Warna. | Mencampurkan kesemua jenis fabrik yang ingin dibasuh dalam satu basuhan boleh menjimatkan masa.

Namun jika anda bernasib malang, warna baju atau pakaian yang direndam melekat pada pakaian lain. Ini disebabkan anda tidak mengasingkan pakaian terlebih dahulu.

Sebagai contoh, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warn denim boleh mencacatkan baju putih anda.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Jadi apa anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain. Mari lihat tip yang kami kongsikan ni untuk hilangkan kesan warna turun:

 Inilah 3 Cara Hilangkan Kesan Warna Turun Pada Pakaian Lain, Tak Perlu Buang Baju Yang Dah Bercampur Warna.

BACA JUGA:: Ini Cara Mudah Dan Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental

1. Rebus Baju

Rebus baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus sebelum cuba hilangkan kesan warna turun pada baju putih. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.

2. Perahan Limau

Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda. Nak hilangkan warna turun pada pakaian yang dah banyak tompok warna memerlukan lebih banyak perahan limau.

3. Clorox Lemon

Letak 1 scoop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.[/expander_maker]

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA: Inilah 3 Cara Hilangkan Kesan Warna Turun Pada Pakaian Lain, Tak Perlu Buang Baju Yang Dah Bercampur… […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.