Cara Bajet RM200 Untuk Barangan Basah Selama 3 Minggu. Jimat Bukan?

Beban kewangan yang dihadapi oleh para ibu bapa kini semakin banyak. Bukan sahaja perlu memikirkan wang untuk membayar rumah, makan minum, dan bil-bil malah kewangan untuk anak-anak juga perlu disimpan untuk pendidikan yang baik.

Kita juga perlu menyediakan pemakanan yang sihat dan berkualiti untuk seisi keluarga. Oleh itu, mungkin kita membelanjakan wang yang agak banyak ketika membeli belah di pasar awam. Akan tetapi,terdapat ahli keluarga yang kurang makanan daging atau ayam, sayur-sayuran, dan juga buah-buahan.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya anda mampu berjimat walaupun mengamalkan pemakanan yang seimbang?petua belanja barang basah, bajet belanja barang basah, belanja barang dapur, belanja makanan basah, bajet belanja lauk

Seorang pengguna Facebook, Puan Feiya Badar telah berkongsi dalam laman Facebook, beliau bersama suami akan memperuntukkan RM 150- RM 200 untuk makanan segar. Ayuh ikuti tips beliau!

Puan Feiya akan membeli daging lembu, ayam, dan pelbagai jenis ikan secara borong sebulan sekali. Hal ini lebih menjimatkan daripada membuat pembelian di mana-mana pasar raya atau pasar awam setiap kali bekalan makanan habis.

Setiap pembelian daging, ayam dan ikan akan disimpan dengan cara yang betul supaya boleh tahan lama.

1. Daging

Membeli daging satu kilo dengan harga RM 24. Apabila pulang ke rumah, terus potong daging tersebut supaya tidak hilangkan rasa manisnya.

Kemudian, potongan daging ini dimasukkan ke dalam bekas dan anda tidak perlu mencucinya atau merendamnya. Apabila hendak memasak daging, anda hanya perlu menunggunya cair sendiri sebelum mencucinya sehingga bersih.

Kaedah ini akan mengekalkan rasa dan ketahanan daging. Rasanya tidak tawar, masih lembut dan mudah untuk dimasak.

petua belanja barang basah, bajet belanja barang basah, belanja barang dapur, belanja makanan basah, bajet belanja lauk

2. Ikan

Bagi ikan pula, kosnya bergantung kepada jenis ikan yang anda beli. Bagi beliau, ikan yang dibeli mengikut kualiti pada ikan tersebut. Anda hanya perlu membasuhnya tanpa perlu menyimpannya bersama air. Sebagai contoh, menurut beliau, ikan cencaru, ikan siakap, ikan pari, ikan patin, dan ikan tongkol, beliau akan menyiang ikan tersebut, membasuhnya dan simpan di dalam bekas.

Termasuklah ketika anda ingin masak, tidak perlu rendamnya di dalam air. Cara yang terbaik ialah, tunggu sehingga ikan itu cair dan basuhkan semula.petua belanja barang basah, bajet belanja barang basah, belanja barang dapur, belanja makanan basah, bajet belanja lauk

 

3. Ayam atau itik

Begitu juga ayam atau itik, anda tidak perlu menyimpannya di dalam bekas bersama air. Cukuplah sekadar membasuh dengan air sehingga bersih. Ketika ingin masak, rendamkan ayam atau itik tersebut bersama bekasnya sekali. Hal ini tidak akan menyebabkan ayam atau itik menjadi tawar.

petua belanja barang basah, bajet belanja barang basah, belanja barang dapur, belanja makanan basah, bajet belanja lauk

4. Udang atau sotong

Bagi udang atau sotong pula, lebih baik anda menyimpannya di dalam plastik kedap udara. Seperti biasa, anda perlu memotongnya kecil-kecilan dan bersihkannya.

petua belanja barang basah, bajet belanja barang basah, belanja barang dapur, belanja makanan basah, bajet belanja lauk

Sumber: Facebook

BACA JUGA: Petua Tentang Ikan Yang Wajib Surirumah Tahu

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

7 + fourteen =