Ini Cara Tanam Pokok Guna Paip PVC. Bukan Saja Kos Murah, Tapi Cantik & Unik!

Ini Cara Tanam Pokok Guna Paip PVC. Bukan Saja Kos Murah, Tapi Cantik & Unik! | Menggunakan waktu terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ini dengan melakukan aktiviti berfaedah, antara adalah berkebun.

Tidak perlu pening kepala mendapatkan pasu seramik yang cantik, sebaliknya hanya gunakan paip PVC dan hasilnya juga tidak mengecewakan.

Idea ini dikongsi oleh Puan Siti Samsiah di laman sosial Facebook dan setelah siap kelihatan sangat cantik dan nampak unik.

Idea bijak tanam guna paip PVC.

Walaupun begitu, cara ini memerlukan sedikit usaha dan kesabaran. Tetapi selepas itu hasilnya memang akan buat anda tersenyum riang.

Cara Tanam Pokok Bunga Guna Paip PVC

Bahan diperlukan:

  • Paip PVC jenis besar)
  • Cangkul
  • Tanah
  • Pokok bunga
  • Penukul besar

Cara menanam:

1. Permulaan gali lubang pada tanah.

Gali tanah.

2. Pacakkan PVC ikut suka ukuran. Kemudian ketuk keliling PVC biar nampak kukuh. Ratakan tanah di bahagian pangkal PVC.

tanam pokok
Pacakkan PVC.

3. Isi lapisan bawah dengan pecahan pasu atau batu bata. Ini bertujuan untuk jimatkan tanah.

tanam pokok
Isikan pecahan pasu.

4. Ketuk guna penukul besar untuk pastikan tanah turun.

tanam pokok
Ketuk sampai tanah turun.

5. Akhir sekali tanam pokok yang kita suka. Dan siramlah setiap hari.

tanam pokok
Tak kisah tanam pokok apa.

6. Hasilnya, memang nampak cantik dan unik.

tanam pokok
Deretan pasu PVC yang cantik.

BACA JUGA :: Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu, Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

12 + 12 =