Home All Petua Tanaman Tanam Kentang Dalam Pasu Saja, Puas Hari Dapat Makan Kentang Segar

Tanam Kentang Dalam Pasu Saja, Puas Hari Dapat Makan Kentang Segar

2154
0
Tanam Kentang Dalam Pasu Saja, Puas Hari Dapat Makan Kentang Segar

Tanam Kentang Dalam Pasu Saja, Puas Hari Dapat Makan Kentang Segar | Sekarang ramai yang minat bercucuk tanam, bagus lah macam tu kan. Selain bayam brazil, serai, daun kunyit, sawi yang senang ditanam di rumah, kita juga boleh cuba tanam kentang.

Ramai ingat tanam kentang macam perlu tanah luas, tapi sebenarnya tanam dalam pasu saja pun boleh.

Macam yang dilakukan oleh Zienie G-nie  geram tengok kentang segar hasil tuaiannya. Kalau ada yang nak cuba tanam kentang boleh ikut perkongsian beliau.

1. Ambil kentang, potong separuh. Cucuk lidi pada kentang pada 4 penjuru.

2. Sediakan bekas/ cawan kecil, tuang air separuh bekas. Masukkan kentang yang dipotong bersama lidi dalam cawan.

tanam kentang

BACA: Ini Sebabnya Bahaya Makan Kentang Yang Dah Keluar Tunas. Ibu-Ibu Wajib Baca Ni!

Tujuan lidi dicucuk untuk pastikan kentang tidak tenggelam dalam air. Biarkan terkena sedikit saja untuk hasilkan akar.  Tukar air 4 hari sekali.

3. Biar dah berakar dan bertunas, alihkan dalam pasu. Sebaiknya pasu yang tinggi. Letak tanah separuh pasu saja.

tanam kentang

4. Masukkan kentang yang dah berakar dalam pasu kemudian tutup dengan tanah. Bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi (saya guna tanah sawit).

5. Semakin meninggi pokok, makin banyak isi. Siram sekali sehari.

Inilah hasilnya

Puas hati dapat makan kentang segar macam ni. Sedap pun sedap.

Selamat mencuba!

Sumber:Zienie G-nie

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here