Home All Petua Tanaman Inilah 7 Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen, Terjamin Kebersihan!

Inilah 7 Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen, Terjamin Kebersihan!

3872
1
Inilah 7 Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen, Terjamin Kebersihan!

Inilah 7 Cara Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen, Terjamin Kebersihan! | Penanaman sayur-sayuran berhampiran dengan rumah sememangnya menjimatkan masa dan wang ringgit.

Kita tidak perlu membuang masa untuk ke pasar dan berhabis duit minyak. Namun, ada beberapa perkara yang menjadi halangan, contohnya, tiada ruang untuk menanam, tiada masa untuk menyiram pokok dan tidak tahu cara penanaman pokok yang betul.

Tahukah anda terdapat beberapa cara yang mudah untuk tanam kangkung. Terutama jika anda tidak mempunyai ruang yang luas, dan tidak mahu mengeluarkan modal yang banyak.

BACA JUGA: 8 Khasiat Kangkung yang Tidak Kita Ketahui

Berikut adalah langkah-langkah untuk tanam kangkung dengan mudah yang telah dikongsi oleh Baja AB Plus Premium, dengan mengunakan penapis dan besen sahaja. Selamat mencuba.

tanam kangkung1. Sediakan bekas untuk menakung air baja di bahagian bawah.tanam kangkung

2. Sediakan satu bekas berlubang-lubang kecil untuk bubuh biji benih kangkung. Pastikan saiz bekas tersebut lebih kurang sama.tanam kangkung

3. Isikan air baja AB Plus sehingga melepasi sedikit dari dasar bekas yang berlubang-lubang. Taburkan benih-benih kangkung seperti di dalam gambar.tanam kangkung

4. Tutupkan dengan kain gelap beberapa hari sehingga akar dan pucuk kangkung keluar (seperti taugeh)

tanam kangkung

5. Apabila pokok kangkung sudah mempunyai daun, pokok kangkung sudah boleh di letakkan kepada cahaya matahari. (pastikan paras air kena kepada akar pokok)tanam kangkung

6. Keadaan pokok kangkung apabila diletakkan di cahaya matahari secara terus.

tanam kangkung

7. Apabila sudah 3 ke 4 minggu pokok kangkung sudah boleh di tuai dimasak belacan….yum2..

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here