Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi Tahan Sampai Ke Malam!

Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Malah ada sesetengah dari resipi yang hasilnya kurang memuaskan hati kerana mudah lembik dan basi.

Menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat makanan yang laku semasa bersarapan dan minum petang ini dengan cara yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Selamat mencuba!

SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan garam halus
  • 1 sudu teh pewarna kuning telur
  • 1.7 liter air biasa

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi Tahan Sampai Ke Malam!

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi Tahan Sampai Ke Malam!

2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi Tahan Sampai Ke Malam!

3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.

Cara-Cara Bancuh Dan Masak Roti Jala Yang Sedap, Lembut & Lambat Basi Tahan Sampai Ke Malam!

Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Azwa Mohtar

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA: Cara-Cara Masak Dan Bancuh Roti Jalan Supaya Tahan Lama Dan Sedap! […]

Leave A Reply
Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.