Nak Beli Makanan Bungkus Secara Online, Doktor Terang Cara Selamat Cegah Jangkitan Wabak.

Nak Beli Makanan Bungkus Secara Online, Doktor Terang Cara Selamat Cegah Jangkitan Wabak. | Bila mana, mak ayah duduk rumah ada saja resepi yang mahu dicuba untuk keluarga.

Jumlah masa melayari laman sosial pun makin bertambah. Dalam grup WhatsApp, dalam grup makanan, malah di aplikasi food delivery, mak ayah hidangkan dengan menu yang ‘menggoda-goda keimanan’ untuk mak ayah beli.

Berani dengan tak berani saja nak order! Bimbang risiko terjangkit Covid-19 tanpa sengaja. Kata Dr Safiya Amaran, ada panduan selamat untuk mak ayah yang mahu membuat pembelian makanan atas talian mahupun bungkus.

Food Delivery Dan Tapau

Sejak arahan #StayAtHome ini, makin ramai yang order makanan bungkus online.

Nak Beli Makanan Bungkus Secara Online, Doktor Terang Cara Selamat Cegah Jangkitan Wabak.

Tapi ramai orang rasa risau sebab penyakit COVID-19 boleh berjangkit apabila tangan yang telah tercemar dengan virus sentuh mata, hidung dan mulut membuatkan virus SARS-Cov-2 masuk ke dalam badan.

Jadi ramai tanya selamat ke makanan bungkus yang order online ini?
Ada kemungkinan tak bekas makanan bungkus tu dah tercemar dengan virus?
Kita tak nampak virus ni , jadi ia ada ke tidak, kita tak boleh nak tahu kan?

KENA INGAT INI!

√ Ok, diingatkan semula, walaupun virus boleh ada pada barang, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.

√ Jadi, risiko yang lebih tinggi ialah semasa ambil barang yang di order sebab waktu itulah akan berjumpa orang.

Sebelum Order Makanan Bungkus Secara Online, Fahamkan Ini Dulu

Sebolehnya kurangkan bertemu face to face dengan orang lain. Kita tidak tahu siapa yang ada virus ini kerana kajian menunjukkan 30% orang yang dijangkiti tiada gejala langsung, jadi mereka sendiri pun tidak sedar dah dijangkiti SARS-CoV-2.

Boleh jadi kita sendiri ada virus tapi tak sakit ataupun penghantar makanan yang ada virus tapi juga tak sakit. Jadi dua-dua perlu ambil langkah berhati-hati.

Lebih Selamat Jika Mak Ayah Buat Macam Ni

√ Jika boleh, pilihlah untuk bayar online dan minta makanan diletakkan di depan rumah. √ Apabila penghantar dah balik baru buka pintu dan ambil makanan.
√ Kita cuba elakkan kontak rapat dengan penghantar makanan. Ini lebih selamat untuk kita dan untuk dia juga.

Kalau Beli Bungkus Macam Mana?

  • Kalau nak tapau atau beli bungkus kat kedai, pilihlah kedai makan yang prihatin terhadap pencegahan penyakit ini.
  • Macam mana nak tahu? Biasanya, kalau kedai itu prihatin, kita boleh tengok ada pekerja yang jaga di depan pintu, dia aturkan supaya tidak ramai orang dalam kedai pada satu-satu masa dan dia pastikan semua yang masuk cuci tangan guna atau guna hand sanitizer.
  • Jika jumpa kedai buat macam ini, bolehlah kita beli dengan lebih tenang kerana kita tahu mereka ambil berat pasal jangkitan kuman ini dan ambil langkah pencegahan penyakit ini.

Selepas Beli Makanan Bungkus Di Kedai

Kalau tidak jumpa kedai macam ni dan masih rasa sangat risau kalau plastik atau bungkusan makanan tu tercemar dengan virus, boleh buat macam ini:

  • Letak plastic beg dari kedai ke dalam SINK. Jangan letak atas meja atau cabinet.
  • Pindahkan makanan dari bekas ke PINGGAN di rumah.
  • BUANG semua bekas/plastik makanan (seeloknya asingkan ikut kategori recycle)
  • Ini paling penting: betul-betul sebelum makan, BASUH TANGAN hingga bersih menggunakan air dan sabun.
  • Kalau ada makanan lebih yang nak simpan, pindahkan dalam BEKAS SENDIRI di rumah dan elakkan guna bekas dari luar.
  • Satu lagi, jangan lupa CUCILAH sinki dan kawasan sekitarnya sesudah makan dengan sanitizer yang sesuai yang boleh hapuskan SARS-CoV-2.

Ok, masih risau ke?
Atau dah boleh order makanan bungkus @ food panda @ tapau dengan lebih confident?

The best kalau boleh masak sendiri di rumah,

walaupun lauk yang ringkas tapi rasa lebih puas hati sebab dapat pastikan kebersihannya. Last, sekali lagi jangan lupa basuh tangan sebelum makan.

Selamat menjamu selera

Tip ini pun boleh digunapakai untuk mak-mak yang beli barang basah secara online tu. Yang penting, ikut arahan kerajaan #DudukRumah ok!. Lagi-lagi, memasuki fasa kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang dikatakan tempoh kritikal buat negara.

Sumber/Foto : Safiya Amaran

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two − 1 =