Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi & Tip Potong Siput Supaya Tak Berlendir!

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi & Tip Potong Siput Supaya Tak Berlendir! | Malaysia ni memang unik dengan pelbagai jenis masakan, tak kira masakan bersumber kan dari bahan mentah dari darat, lautan mahupun sungai. Semua menu ni memang kena dengan tekak orang Malaysia nak pula kalau menu yang pedas-pedas!

Bagi mereka yang tidak alergi dan sukakan makanan bercengkerang, siput sedut mesti antara bahan masakan yang di cari kalau pergi ke pasar. Siput sedut ni antara menu yang bermusim juga.

Siput sedut masak lemak cili api antara menu kegemaran ramai orang. Warna kuningnya yang cantik serta hidangan yang tampak menyelerakan ini memang menjadi kegemaran ramai.

BACA JUGA :: Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap!

Boleh dimasak dan dimakan tanpa mengira waktu. Setiap sedutan siput memang menjanjikan kepuasan. Perut kenyang hati pun senang.

Bahan-Bahan Untuk Masak Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Pedas Berapi

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

  • Siput Sedut (1 kg)
  • Santan (250g)
  • Bawang Merah (3 ulas)
  • Putih (2 ulas)
  • Kunyit Hidup (2 inci)
  • Cili Padi (15 biji)
  • Daun Kunyit (2 Helai)
  • Serai (2 Batang)

CARA POTONG SIPUT SEDUT

  • Pastikan siput dibasuh bersih. Potong dari belakang (siput tidak terlalu panjang atau pendek)

Siput SedutCARA MEMASAK SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

1. Kisarkan semua bahan-bahan bersama air.
Siput Sedut

2. Tuangkan santan dan masukkan bahan yang telah dikisar
3. Masukkan serai

4. Masukkan asam keping
5. Masukkan gula dan juga garam
6. Kacau sehingga mendidih

7. Masukkan daun kunyit
8. Bila santan telah mendidih, baru masukkan siput
9. Tips siput tidak berlendir, jangan masak terlalu lama. Bila dah mendidih terus tutupkan api
10. Dah siaaap. Cantik dan sedap kan!

Sumber: MasakWithPassion

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

ten − four =