Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap!

Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap! | Emm, enaknya sardin! Lebih enak jika ia dipelbagaikan cara masakannya. Lazimnya ia dimasak sambal. Apa kata kali ini sardin ini dimasak ala nogori iaitu masak lemak cili padi.
Tambahkan dengan sayuran kegemaran anda seperti tomato, kentang dan juga kacang panjang (opsyenal). Boleh juga ditambah dengan suhun! Memang menjadi! Jom cuba…
Bahan-bahan sardin masak lemak cili padi:
- 1 tin sardin saiz besar
- 10 biji buah belimbing besi
- 1 batang serai (diketuk)
- 2 cawan santan pekat
- 1 biji tomato (dibelah 4)
- Garam secukup rasa
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 10 biji cili padi
- 2 cm kunyit (ditumbuk)
BACA JUGA: Jadilah Suami Mahir Beli Ikan Di Pasar, Siang Dan Simpan Elok Dalam Peti Ais
Opsyenal:
- Kentang
- Suhun
Cara-caranya:
- Masukkan sardin dan bahan yang telah ditumbuk bersama serai, buah tomato, garam dan belimbing.
- Biarkan ia merenih sebentar. Masukkan santan dan garam.
- Kacau perlahan. Pastikan tidak naik minyak.
- Hidang bersama nasi panas dan ulam-ulaman
Selamat Mencuba dan menjamu selera!
BACA JUGA: Pernah Rasa Kerabu Sardin? Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap
[…] anda suka dengan artikel kerabu sardin ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha […]
[…] BACA JUGA :: Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi Memang Pedas Sedap! […]