Resipi Puding Susu Lumut Sirap Ros Yang Mudah Jer Tapi Sedap

Resipi Puding Susu Lumut Sirap Ros Yang Mudah Jer Tapi Sedap | Puding antara hidangan pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang bertekstur lembut, rasa manis yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.

Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman.

Cara membuatnya cukup ringkas dengan bahan pun tak banyak .Tunggu apa lagi, jom cuba petang ni. Resipi ini dikongsikan oleh saudari Zura Zul‎.

Resipi Puding Susu

Resipi Puding Susu Lumut Sirap Ros 🌹

Bahan A

  • 10g agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • Secubit garam

Cara :

  • Masak air dgn agar2 hingga larut
  • Masuk gula..kacau2 rata
  • Tuang susu cair..garam..kacau lagi..biar ia mendidih seketika
  • Adunan bagi 2.. Warnakan ikut suka
  • Tuang adunan asal dlm loyang 8×8.. Biarkan sederhana beku.. Kemudian tuang adunan yg hijau perlahan2..biar sederhana beku

Bahan B

  • 10g agar-agar tali
  • 2 cawan air
  • 1 /2 cawan gula
  • 1 kotak santan 200ml
  • Secubit garam
  • Sirap ros

Cara Masak Resipi Puding Susu Lumut Sirap Ros:

  • Masak air dgn agar2 hingga larut
  • Masuk gula & daun pandan..kemudian sirap ros.. Kacau2 rata
  • Tuang santan..kacau rata..boleh masuk secubit garam kalau suka
  • Masak sampai mendidih & jadi lumut
  • Tuang perlahan2 atas yg hijau tadi
  • Bekukan.. Kemudian Masuk dlm peti sejuk
  • Potong ikut suka.. Sedia dhidang

https://www.facebook.com/100005826666289/videos/1121763571361188/?extid=ZamrTilSmyqOgl48

BACA JUGA : Puding Susu Nata De Coco Guna Sukatan Cawan. Confirm Jadi!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fourteen + fifteen =