Jom Cuba Petua Tradisional Mencegah Kehamilan, Tak Perlu Risau Kesan Sampingan Pil Perancang.

Jom Cuba Petua Tradisional Mencegah Kehamilan, Tak Perlu Risau Kesan Sampingan Pil Perancang. | Pencegahan kehamilan suatu tindakan yang dilakukan oleh ramai masyarakat pada ketika ini. Mencegah kehamilan adalah berbeza dengan menggugurkan kandungan.

Banyak alasan seseorang melakukan tindakan mencegah kehamilan, antaranya disebabkan faktor yang belum bersedia menyambung keturunan dan juga keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.

Ada juga pasangan yang baru berkahwin, ini tempoh masa bersama berdua lebih lama sedikit. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan juga perlukan masa untuk merawat luka dalaman jadi pencegahan kehamilan perlu di lakukan.

mencegah kehamilan

Ada pelbagai cara mencegah kehamilan dan biasanya ianya dilakukan oleh kaum wanita. Contohnya mengambil ubat pencegah kehamilan. Namun, pengantungan terhadap pil pencegah kehamilan adakalanya menjejaskan hormon wanita dan ada yang mengalami masalah monopouse di awal usia.

PETUA TRADISIONAL MENCEGAH KEHAMILAN

Disini kami ingin kongsikan cara mengelakkan potensi kehamilan menggunakan petua tradisional yang selamat. Terdapat ramuan tradisional yang diamalkan oleh sesetengah wanita sebagai petua tradisional elak hamil. Ramuan ini menggunakan bahan yang mudah didapati, iaitu:

Bahan-Bahan:

  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • 10 biji lada hitam
  • 1/4 keping ragi
  • Air perahan limau nipis

mencegah kehamilan

Cara Penyediaan:

Bahan-bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan di dalam air suam dan diminum. Ia dikatakan elok diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakkan elok diminum sebelum tidur. Minum sebulan sekali.

Walaubagaimanapun, wanita hamil harus mengelak dari minum ramuan tradisional ini kerana risiko keguguran. Apakah petua tradisional elak hamil yang anda amalkan?

BACA JUGA: Panduan Merancang Kehamilan Tanpa Pil Atau Suntikan

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × four =