Home Resipi Resipi Popia Mushroom Yummy, Buat Banyak-Banyak Simpan Dalam Peti. Nak Makan Goreng...

Resipi Popia Mushroom Yummy, Buat Banyak-Banyak Simpan Dalam Peti. Nak Makan Goreng Je!

4110
0
Resipi Popia Mushroom Yummy, Buat Banyak-Banyak Simpan Dalam Peti. Nak Makan Goreng Je!

Resipi Popia Mushroom Yummy, Buat Banyak-Banyak Simpan Dalam Peti. Nak Makan Goreng Je! | Adakalanya tetamu datang ke rumah secara tiba-tiba membuatkan kita jadi blur nak sediakan apa untuk menyambut mereka kan. Jadi, apa kata cuba buat resipi ini. Bukan hanya memudahkan anda, malah anak-anak juga pasti sukakannya.

Tak perlu nak fikir apa lagi menu minum petang nanti. buat je resipi Popia Mushroom ni pasti seisi keluarga sukakannya. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Atiqah Nadirah ni.

Salam semua..

Ada lagi ke yang buat rumah terbuka? Kalau ada meh sis nak share sikit resepi. Simple je nak buat.. Boleh simpan siap-siap dalam peti sejuk tu. Tetamu datang, boleh goreng je.. Dah tentu sedap tau..

Popia mushroom yummy...Popia mushroomBahan-bahan Popia Mushroom

  • 1 pkt kulit popiah besar
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • 1/2 cwn minyak untuk menumis
  • 1 pkt daging kisar
  • 1/2 pkt sausage
  • 1/2 pkt crab stick
  • 1 tin cendawan butang (x letak pn x pe)
  • 1 batang carrot (sagat halus)
  • 2 tin prego carbonara cendawan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sd kecil serbuk lada hitam
  • pepper (optional)

Cara-cara buat Popia Mushroom

  1. Tumis bawang merah sampai naik bau.
  2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak.
  3. Masukkan carrot, crab stick, cendawan dan sausage. Masak sekejab.
  4. Kemudian, prego dan perasakan. Siap.
  5. Biarkan inti sejuk sebentar dan gulungkan seperti popiah.
  6. Simpan dalam freezer sebelum digoreng. Hasilnya.. tentu puas hati… Makan bersama thai sauce…SELAMAT MENCUBA…

BACA: Cara Buat Popia Pisang Manis Seakan Pancake Pisang Di Thailand, Panas-Panas Sedap!

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here