Home All Petua Anak Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak, Kurang Tidur Punca Anak...

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak, Kurang Tidur Punca Anak Kurang Pandai!

3900
0
Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak, Kurang Tidur Punca Anak Kurang Pandai!

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak, Kurang Tidur Punca Anak Kurang Pandai! Menurut portal MyHealth, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan.

Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan.

Doktor Ahmad Luqman Bukhari berkongsi panduan waktu tidur menurut American Academy of Sleep Medicine yang sepatutnya bagi kanak-kanak.

Menurutnya, ibu bapa jangan mengambil sikap sambil lewa dalam waktu tidur anak-anak.  Kekurangan waktu tidur anak boleh menyebabkan tumbesaran mereka terganggu.

tidur anak

Bahayanya kalau tak jaga sungguh-sungguh waktu tidur anak kita.

Mengucap panjang saya bila jumpa mak ayah yang mengeluh anak tak pandai, selalu tak boleh fokus masa belajar. Sampaikan cikgu pun duk mengadu yang pelajaran anak tak ada kemajuan.

BACA: Nak Elak Gangguan Makhluk Halus Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam

Padahal budak-budak tu tak dapat fokus sampai kita duk kata dia tak pandai belajar boleh jadi sebab kita terlalai nak jaga waktu tidur dia je.

American Academy of Paediatric dah warning lama pasal benda ni.

Anak kita bila tak cukup tidur bukan je bermasalah dari segi nak beri tumpuan dan concentrate masa belajar. Tapi mereka jugak berisiko tinggi untuk dapat penyakit darah tinggi, obesity, kerap sakit kepala dan depression!

Ni saya kongsikan guideline untuk jumlah waktu tidur kanak-kanak seperti yang American Academy of Sleep Medicine beritahu:

  • Bayi 4 bulan sehingga usia 12 bulan kena dapat waktu tidur 12 – 16 jam termasuk tidur siang.
  • Anak kecil usia 1 hingga 2 tahun kena tidur 11 – 14 jam termasuk tidur siang.
  • Anak berusia 3 hingga 5 tahun kena tidur 10 – 13 jam termasuk tidur siang.
  • Kanak-kanak berusia 6 – 12 tahun kena tidur 9 – 12 jam.

Tolong jangan pandang lekeh bab waktu tidur anak ni ye. Kekurangan jam tidur walaupun setakat 30 – 60 minit pun boleh akibatkan kesan besar pada perkembangan anak kita.

Pastikan mak ayah semua #share ilmu penting ni dengan pasangan masing-masing ye.

Kita bukan je nak anak kita dapat perform lebih baik dalam pelajaran, tapi kita jugak nak elakkan anak kita kerap keluar masuk hospital.

Anak yang dapat tidur cukup ni insyaAllah susah nak jatuh sakit sebab tidur yang cukup ni dapat bantu sistem imun pertahanan badan mereka jadi lebih kuat.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Mana yang dah follow FB saya ni make sure set ‘See First’ sekali ye. Ada banyak lagi ilmu parenting mahal yang saya nak share.

#notaDrALB

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here