Ini Resipi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!

Ini Resipi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen! | Sepanjang berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan, kita boleh lihat lambakan resepi homemade yang muncul dipelbagai platform media sosial.

Seperti perkongsian oleh Elsie Liza Lah di laman facebook ini, resepi mochi kaum Cina yang dikongsinya ini diperolehnya hanya berpandukan kuih yang dibelinya di kedai. Lo Mai Chi merupakan nama asal kuih ini merupakan sejenis kuih Cina yang sering kita lihat. Resepi untuk membuat kuih ini amatlah mudah dan ringkas sesuai buat mereka yang tidak menyukai sesuatu yang rumit.

Kuih tradisi masyarakat Cina, lo mai chi, sememangnya popular dalam kalangan penggemar kuih muih. Kuih yang bersifat kenyal dan berintikan kacang tanah dengan gula ini pasti disukai semua peringkat umur.

Bagi anda yang tidak tahu apa nak buat untuk menu minum petang, apa kata cuba resepi ringkas ini. Sedap sangat macam mochi!

BACA JUGA :: Ini Resepi Kuih Bakul Kenyal & Kental Paling Enak, Sesuai Dimakan Pada Bila-Bila Masa.

Bahan-bahan

Ini Resepi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!

“Mochi” kaum Cina (Saya tak tau nama, saya tau aunty Cina di tamu niah saja ada jual ni)

Saya tak tau resepi asal, saya makan, saya rasa dan saya agak-agak sendiri apa mereka pakai dan macam mana mereka buat. Saya sangat suka makan ni, jadi saya buat la untuk breakfast tadi.

Bahan-bahan:

  1. Tepung pulut setengah peket (dapat dalam 15 biji)
  2. Kacang tanah yang sudah digoreng + gula (ditumbuk atau diblend)

Cara-cara buat Mochi (Lo Mai Chi)

Ini Resepi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!

Cara-cara:

  • Uli tepung pulut dengan air, saya tambah secubit garam. (Sukatan air, tambah sikit-sikit sampai jadi doh yang tak lekat di tangan)
  • Bentukkan bulat-bulat, leperkan, simpan inti dalam dan bentukkan lagi.
  • Panaskan air untuk ‘rebus’ (sama kaedah dengan buat ondeh kelapa/buah melaka)
  • Masukkan “mochi” yang sudah berinti dan rebus sampai dia terapung, masaklah maksudnya tu. Kalau buat tebal, biar lama sikit. Dalam 3-5 minit.
  • Tunggu sejuk sikit, baru gelek-gelek lagi dengan tepung pulut tadi, buat nipis saja supaya tak lekat.
  • Siap untuk dimakan

Hasilnya

Ini Resepi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!

Ini Resepi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen!

Selamat hari minggu semua. Sorry, saya tak pakai sukatan. Saya main agak-agak saja. Saya ada edit sikit supaya senang faham.

**Kawan Chinese ada inform tadi nama kuih ni Lo Mai Chi.

Sumber : Elsie Liza Lah

The following two tabs change content below
You might also like
2 Comments
  1. […] BACA: Ini Resepi Mudah Kuih Mochi, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen! […]

  2. […] BACA JUGA :: Ini Resipi Mudah Mochi Tradisi Cina Berintikan Kacang Tanah, Lebih 14k Perkongsian Oleh Netizen! […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.