Ini Resepi Kuih Bakul Kenyal & Kental Paling Enak, Sesuai Dimakan Pada Bila-Bila Masa. - Petua Ibu

Ini Resepi Kuih Bakul Kenyal & Kental Paling Enak, Sesuai Dimakan Pada Bila-Bila Masa.

Nian gao atau lebih dikenali sebagai kuih bakul merupakan sejenis hidangan kaum Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum dibentukkan seakan seperti dodol. Meskipun kuih ini boleh dinikmati pada bila-bila masa, pasti ada dalam kalangan korang yang teringin mencuba resepi ini. Betul tak?

Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) seorang individu berkongsi cara membuat kuih bakul yang mudah dan sedap. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuih bakul

  • Tepung pulut (500gm) – sebungkus
  • Gula pasir (190gm)
  • Gula merah
  • Air (500ml)
  • Santan (200ml)
  • Daun pisang (beberapa helai)

Cara-caranya

kuih bakul

1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.

2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang. Pastikan ia melebihi bahagian atas tin supaya senang mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).

6. Didihkan air dan kecilkan api.

7. Tuangkan adunan ke dalam tin dan kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.

Dah siap!

Tips: Penutup kukus perlu dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin, kain kasa atau pembalut aluminium supaya wap air tidak meniti ke atas kuih.

Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

You might also like
3 Comments
  1. […] untuk menyediakan hidangan sekeluarga. Ringkas tetapi sedap. Anak-anak dan suami pasti suka. Makan kuih pintal bersama-sama mengeratkan lagi kasih […]

  2. […] anda yang tidak tahu apa nak buat untuk menu minum petang, apa kata cuba resepi ringkas ini. Sedap sangat macam […]

  3. […] BACA JUGA :: Ini Resepi Kuih Bakul Kenyal & Kental Paling Enak, Sesuai Dimakan Pada Bila-Bila Masa. […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.