Resipi Mee Hailam Paling Simple Tapi Serius Sedap Macam Kat Kedai

Resipi Mee Hailam Paling Simple Tapi Serius Sedap Macam Kat Kedai | Sesekali tu tekak rasa boring nak makan nasi kan. Dapat pekena mee berkuah pun best juga.

Selalunya kita jumpa mee hailam ni pun dekat foodcourt atau restoran tertentu saja. Sebenarnya tak susah pun nak buat mee hailam dekat rumah tau.

Kalau buat open house pun boleh buat mee hailam ni sebab bahan-bahannya senang sangat dan tak banyak karenah.

Bagi mak-mak yang balik kerja tak tahu nak masak apa, dan tekak tu rasa tak mahu makan nasi boleh la cuba resepi mee hailam simple tapi sedap oleh Puan Nor Azizah Abdul Razak ni.

RESIPI MEE HAILAM SIMPLE TAPI SEDAP

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang putih
  • Biji lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • Kicap pekat
  • Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
  • Sayuran – sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga, dll
  • Mee kuning

resipi mee hailam

CARA-CARA BUAT RESIPI MEE HAILAM

1. Mula-mula tumbuk 3 ulas bawang putih dengan biji lada hitam.

2. Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.

resipi mee hailam

3. Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat 1 senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ni bolehlah nak guna jenama apa pun tak apa asalkan kicap pekat.

resipi mee hailam

4. Seterusnya masukkan ayam + fishball + fishcake. Kalau nak ganti dengan udang / daging / sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak.

5. Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh. Sayur ni semua saya masukkan macam ni:

  • sawi – asingkan batang dan daun. Daun sawi saya masuk akhir sekali masa tutup api tu. Sebab takmau daun jadi layu sangat
  • cendawan – saya guna yang dalam tin. Kalau nak potong nipis pun boleh, saya potong 4 saja.
  • baby jagung – potong kecil
  • carrot – potong memanjang
  • bunga kobis – potong kecil

resipi mee hailam

6. Bila dah gaul semua sayur tadi, sekarang kita pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan 2 sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air. (Mesti bancuh dalam air dulu tau, kalau masuk terus nanti dia jadi berketul ketul).

7. Kacau semua bahan dan rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak tutup api dan masuk kan daun sawi. Saya masuk akhir sekali sebab tak mau daun tu layu sangat.

resipi mee hailam

8. OK dah siap! Boleh tabur daun sup + bawang goreng hirisan cili ikut suka. InsyaAllah sedap.

resipi mee hailam

MUDAH KAN?

So lain kali bolehlah buat sendiri dekat rumah je. Memang puas hati masak sendiri sebab macam-macam isinya tu boleh bubuh ikut suka kita.

Tak payah pening kepala nak cari kedai makan mee hailam lagi boleh cuba sendiri resipi mee hailam ni. Satu famili boleh makan ramai-ramai. Selamat mencuba!

BACA: Resipi Mee Wantan Kicap Lengkap Dengan Sup, Sesuai Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × four =