Nak Buat Tuntutan Tapi Tak Dilayan, Ini Cara Refund Di Shopee Sekiranya Seller Masih Berdegil

Nak Buat Tuntutan Tapi Tak Dilayan, Ini Cara Refund Di Shopee Sekiranya Seller Masih Berdegil | Sejak musim PKP ini ramai yang mengeluh apabila barangan yang dibeli secara online sudah berminggu-minggu tidak sampai.

Ada pula kes dimana barang yang diterima sudah rosak, terutamanya makanan disebabkan tempoh penghantaran yang terlalu lambat.

Lebih kurang beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Mungkin ada yang sudah ‘hilang sabar’ menunggu parcel yang tak kunjung tiba, jadi sekiranya korang beli barangan melalui Shopee, Remaja nak kongsikan cara untuk tuntutan dipulangkan kembali wang sekiranya seller tetap terus berdegil.

Berikut adalah langkah-langkah yang korang boleh ikut untuk tuntutan refund:

1. Salin item Serial Number

refund

2. Masuk ke menu Setting

3. Masuk ke menu Help Centre

4. Pilih menu email

5. Lengkapkan form yang diberikan, beritahu kenapa korang nak refund dan submit

6. Gambar yang last tu contoh Shopee dah kembalikan wang kepada pembeli

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Selamat mencuba!

Sumber: Tips Gajet

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

19 − ten =