Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut & Sedap. - Petua Ibu

Resipi Lempeng Kelapa Homemade Yang Lembut & Sedap.

Bagi yang gemar hidangan Lempeng Kelapa, kami kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Selamat mencuba.

CARA MASAK LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan nasi
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda parut
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak

BACA JUGA :: Cara Bancuh Adunan Lempeng Kampung Supaya Hasilnya Gebu & Sedap.

CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Tuang ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum, kelapa muda parut, secubit garam dan sedikit minyak masak. Adun adunan tadi hingga sebati.
3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuknya terpulang pada kreativiti masing-masing.

lempeng kelapa

4. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati. Lempeng kelapa ini enak dimakan bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.

lempeng kelapa

Kredit resipi & foto: Hajah Zainab Bt Mawan

You might also like
1 Comment
  1. […] BACA: Resepi Lempeng Kelapa Homemade Yang Sedap Dan Lembut […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.