Kalau Nak Tanam Pegaga Pilih Daun Bentuk Ini, Makan Buat Ulam Lagi Berkhasiat!

Kalau Nak Tanam Pegaga Pilih Daun Bentuk Ini, Makan Buat Ulam Lagi Berkhasiat! | Ulam pegaga memang banyak khasiatnya, dari awet muda sampailah untuk kecerdasan otak. Sebab itulah berbaloi sangat tanam sayur ini. Bila rasa nak makan petik saja.

Kalau dulu biasanya kita memang kerap nampak ulam pegaga ni di biarkan sahaja di tepi jalan sebab biasanya pokok pegaga ni memang mudah hidup sendiri. Tapi kini kerana ramai dah tahu khasiatnya jadi dah semakin laku pula pokok pegaga sekarang.

Yang kerap makan ulam pegaga atau buat air jus pegaga lebih bagus kalau kita tanam pegaga ni di rumah, pokok ni memang mudah nak tanam kalau tahu cara yang betul.

Nak tanam pegaga dalam pasu, polisterin atau terus atas tanah pun boleh. Boleh juga tanam dalam pasu gantung untuk mudah petik.

Bagi yang nak cuba tanam pegaga boleh ikut perkongsian Suhaili Baharuddin.

tanam pegaga
Foto: Facebook Berkebun D Rumah

1. Cari bekas atau pasu kosong.
Masukkan separuh tanah kompos dan separuh lagi pasir (ini yang bantu buat pegaga subur dan gemuk).

BACA JUGA :: Inilah Resipi Jus Pegaga Untuk Ketegangan Kulit Dan Awet Muda, Cara Murah Dan Berkesan!

2. Gaulkan semua sekali
Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.

3. Benih, beli pegaga di pasar saja RM2 seplastik.
Kata rakan saya pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan di tengah daunnya.

5. Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga tadi dalam tanah.

Siram setiap hari dan letak di bawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.

6. Selepas 2 minggu, bukan main subur dan gemuk lagi. Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.

Selamat mencuba!

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

twelve + 18 =