Resipi Kerabu Bayam Brazil Yang Confirm Buat Korang Terliur

Resipi Kerabu Bayam Brazil Yang Confirm Buat Korang Terliur | Makin ramai yang dah tanam bayam Brazil dekat rumah sejak musim PKP tempoh hari kan? Bayam Brazil ni memang mudah tumbuh dan senang nak dijaga. Kejap je dia hidup subur merimbun.

Yang best tu, macam-macam resepi boleh kita buat dengan bayam Brazil ni. Kalau dah malas sangat, boleh buat ulam je. Bila nak makan, terus petik dan basuh.

Kalau dah boring makan bayam Brazil goreng tepung atau yang dimasak sebagai lauk, apa kata kita cuba resepi kerabu bayam Brazil ni. Nampak sedap sangat, boleh kecur air liur tengok bahan-bahan tu.

Jom kita tengok bahan-bahan dan resepi kerabu bayam Brazil yang lengkap oleh saudari Nabila Humaira ini.

BACA JUGA: Bukan Sahaja Sedap Banyak Khasiat Bayam Brazil, Rugi Siapa Tak Makan!

RESIPI KERABU BAYAM BRAZIL SEDAP & MUDAH

Kisahnya saya pergi rumah kakak dan kakak buat kerabu bayam Brazil. Ya ampunnn sedap ya amat! Disebabkan ramai tanya resepi kerabu bayam Brazil yang jadi kakak saya kongsikan di sini.

BAHAN-BAHAN

  • Bayam Brazil
  • Mangga Muda
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Gula (ikut rasa)
  • Air Limau Nipis
  • Asam Boi di hiris atau di sagat. (Jangan ambil bijinya, takut tercekik lekat dekat kerongkong)
  • Kerisik (Bahan paling penting!)
  • Bunga kantan (sebagai penyedap dan nak bagi wangi)
  • Ikan bilis (digoreng garing)

(Nota: Kuantiti bahan ikut sesedap rasa)Kerabu Bayam Brazil Kerabu Bayam Brazil

CARA-CARA

  1. Mula-mula gorengkan ikan bilis sampai garing. Ketepikan dulu sebab nanti akhir sekali baru kita nak tabur dalam kerabu.
  2. Sementara tu kita satukan bahan-bahan lain yang dah dipotong halus ke dalam sebuah bekas.
  3. Akhir sekali kita taburkan ikan bilis.
  4. Garam tak perlu letak sebab ikan bilis dengan asam boi tu dah agak masin.
  5. SIAP!

Ok dah siap dah. Mudah je kan? Inilah hasilnya….Kerabu Bayam Brazil

Boleh sangatlah buat resepi kerabu bayam Brazil ni dekat rumah sebab sangat simple dan sihat juga. Mesti makin layan nak makan nasi. Ratah aje pun dah sedap.

Selamat mencuba!
Resepi Kerabu Bayam Brazil ini dikongsikan oleh Nabila Humaira menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

8 − 3 =