Ni lah Resipi Sup Tulang Ala Thai Korang Patut Cuba, Memang Sedap Dan Cukup Rasa!
Ni lah Resipi Sup Tulang Ala Thai Korang Patut Cuba, Memang Sedap Dan Cukup Rasa! | Bagi mereka yang minat dengan menu sup, antara menu kegemaran ialah sup tulang. Bukan senang nak dapat sup tulang yang sedap kalau kita makan di kedai-kedai luar. Ada tu macam tak cukup rasa tawar dan juga ada yang kurang bahan rasa menyebabkan hilang selera nak makan.
Dalam banyak banyak versi tup tulang hasil dari modifikasi pelbagai negeri tak dinafikan mesti ada versi sup tulang yang kita suka. Contohnya sup tulang ala thai, biasanya menu ni nak betul-betul padu memang kena gi kedai yang tukang masaknya orang thailand.
Tetapi kalau tak jumpa kedai yang ada menu sup tulang ala thai yang sedap anda boleh cuba juga buat sendiri sebagaimana perkongsian ini. Boleh cuba buat resipi ini. Penyediaannya pun mudah!
BACA JUGA: Resipi Mee Celup Ala Thai Viral Anda Wajib Cuba, Lebih 20K Perkongsian!
SUP TULANG ALA THAI
BAHAN :
- 2 kg tulang
- 1kg daging lembu/gearbox -rebus semua hingga lembut
- 1 batang saderi (hiris)
- 3 helai daun bay
- 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jadi pahit)
- 1 biji buah keras (blend)
- 1 labu bawang Holland (hiris)
- 1 btg serai (ketuk)
- 1 btg lobak (potong ikut suka)
- 3 biji kentang (potong)
- 2 biji tomato (belah 4)
- Cili padi 5 btg
- kiub maggi Lembu 1 kiub
BAHAN TUMBUK @ KISAR :
Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/sy ambil isi dlm sup bunjut tulang, blend skli dgn bawang). Daun ketumbar dan perahan limau nipis
CARA:
Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk. sy tak ambil air rebusan. Didihkan air dalam periuk, masukkan halia (ketuk), bawang holland hiris, serai (ketuk) biarkan mendidih.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan tumbuk/kisar, daun limau purut, daun bay, kiub lembu dan masukkan 2sdb rempah sup, (saya guna rempah sup adabi) masak sehingga naik bau . Masukkan 3 sekawan.
Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan. , masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.
Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa. Siap.Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice then makan dgn sambal kicap.
Resepi perkongsian sahabat saya. Saya gabungkan sedikit resepi ala thai saya.
Kredit: Sharla Rose