Resepi Tepung Pelita ‘Senang Yakmat’, Tak Perlu Kukus Guna Cawan Je

Kuih tepung pelita merupakan kuih tradisional yang akan menjadi rebutan orang ramai setiap kali menjelang Ramadhan.

Namun umum tahu, Ramadhan kali ini berbeza. Kita tidak boleh lagi menyambutnya seperti tahun-tahun lalu. Bahkan, bazar juga tidak dibenarkan beroperasi.

Tapi, itu tidak membataskan kreativiti masing-masing di rumah. Ramai yang mula ‘tunjuk belang’ dengan perkongsian menu-menu menarik sepanjang PKP ini.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Antaranya posting daripada Nadia Sulaiman di laman Facebook miliknya yang berkongsi resepi kuih tepung pelita yang hanya menggunakan sukatan cawan tanpa pengukus. Jom cuba.

Resepi ni mudah je. Tak perlu guna pengukus. Tapi sedap dan wangi sebab pakai daun pandan. Yang penting tangan kena sado. 🤭

Bahan-Bahan Buat Tepung Pelita:

Bahan²nya untuk lapisan bawah (hijau);

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air pandan (3 helai daun pandan dan air kisar dan ditapis)
  • 5 cawan air
  • Pewarna hijau

tepung pelita

Cara-caranya;

1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk. Pastikan tiada ketulan tepung.

tepung pelita

2. Masak atas api. Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit. Bila adunan mula pekat, kecilkan api.

tepung pelita

3. Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup-letup. Kat sinilah memerlukan tenaga abam sado. 😬

tepung pelita

tepung pelita

3. Kemudian tuang ke dalam acuan semasa masih panas ye. Kena cepat sebab adunan sangat cepat mengeras. Nak lagi cantik, ketuk² sikit bekas yang digunakan. Saya agak tak berapa rajin di sini. 🤪

Bahan untuk lapisan atas (putih);

  • 2 cawan tepung beras
  • 6 cawan santan (daripada 2 kotak santan)
  • 2 sudu gula
  • Sehelai daun pandan
  • 1 sudu garam

Caranya sama mcm buat lapisan bawah.

tepung pelita1. Campurkan semua bahan sampai sebati. Pastikan tiada ketulan tepung. Kemudian tapis ke dalam periuk. Masak atas api.

2. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. Sila gunakan tenaga sado yang ada di rumah ye. Tutup api jika dah meletup-letup.

tepung pelita

3. Masukkan ke dalam bekas yang telah kita masukkan lapisan hijau tadi.

tepung pelita

4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Boleh nikmati tepung pelita sewaktu panas atau sejuk.
an>🤤

Selamat mencuba gais! 🥰

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × 5 =