Daging Pekasam, Resipi Wajib Bulan Puasa Yang Mendapat 10k Shares

Daging Pekasam, Resipi Wajib Bulan Puasa Yang Mendapat 10k Shares
Menjeruk makanan merupakan cara lama orang-orang tua kita untuk menjaga kualiti makanan dalam tempoh yang lebih lama.

Mungkin disebabkan faktor teknologi dan juga salah satu cara menambah variasi pada makanan yang tidak banyak pilihan pada zaman terdahulu.

Di Malaysia menjeruk kan buah-buahan atau buat pekasam bahan mentah contohnya ikan pekasam, sayur jeruk, lada jeruk merupakan menu yang biasa kita jumpa sama ada di kampung ataupun di bandar.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Namun, masih ramai yang belum mencuba daging pekasam. Daging yang dipotong nipis, dijeruk dengan perahan limau kasturi dan garam.

Hanya digoreng dengan bawang besar dan cili padi, dimakan begitu sahaja dengan nasi putih memang sedap dan membuka selera.

Ini kerana daging merupakan antara makanan premium juga untuk sebilangan rakyat Malaysia tetapi sama seperti bahan mentah yang lain daging akan rasa kurang enak apabila sudah disimpan lama di dalam peti sejuk beku.

BACA: Begini Cara Buat Ikan Rebus Original Paling Simple Dan Sedap!

Sebab itu kami ingin kongsikan resipi jeruk daging yang bukan sahaja menambah tempoh hayat daging tetapi membuatkan rasanya lebih sedap dan selera bertambah!

Pengenalan

pekasam daging

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Yuss Aisya, daging pekasam ini kali pertama dicuba oleh saya.

Sedap betul apabila dimakan begitu sahaja dengan nasi putih. Daging digoreng dengan bawang dan cili padi. Menu wajib bulan puasa nampaknya.

Cara-Cara Membuat Daging Pekasam

Langkah 1

pekasam daging

Daging merah dalam keadaan beku atau separa beku. Mudah dipotong kerana untuk mendapatkan kepingan daging yang nipis. Bahagian ini top side. Kenapa 4 segi? Mana mana nak beli macam ini?

Sebenarnya ianya bukan 4 segi. Ianya adalah bahagian daging batang pinang (top side). Bentuknya besar dan panjang. Selalu saya beli seketul besar dalam keadaan beku untuk kegunaan rumah.

Saya kerat kepada beberapa bahagian. Dalam keadaan separa beku (luar dah tak beku tetapi dalam masih beku).

Bahagian luar saya guna masak apa-apa. Bahagian dalam saya dapatkan potongan 4 segi untuk buat daging pekasam.

Langkah 2

pekasam daging

Letakkan di dalam tapis untuk menapis air lebihan daging.

Perlu basuh selepas dipotong nipis?

Tak perlu. Saya basuh ketika seketul besar. Hanya lalukan air sahaja.

Bila kena basuh?

Basuh ketika seketul besar dengan hanya lalukan air sahaja. Bila sudah hiris nipis jangan dibasuh lagi.

Apabila basuh selepas dipotong, manis dan nutrisi daging akan menyusut nilainya kerana larut dalam air.

Langkah 3

pekasam daging

Sediakan bahan-bahan untuk menjeruk:

  1. Bekas container
  2. Garam halus
  3. Limau kasturi yang dibuang biji

Langkah 4

pekasam daging

Susun daging di dalam bekas container. Taburkan garam rata ke keseluruhan daging.

Langkah 5

pekasam daging

Perahkan limau ke serata daging.

Langkah 6

pekasam daging

Susun lagi daging di lapisan seterusnya. Taburkan garam ke serata daging.

Langkah 7

pekasam daging

Perah limau lagi ke serata daging. Ulang lagi melapis daging => garam => perahan limau.

Langkah 8

pekasam daging

Sehingga habis daging tersebut. Masukkan limau yang telah diperah tadi. Siap untuk diperam. Saya letakkan di dalam peti sejuk di bahagian chiller.

Langkah 9

pekasam daging

Selepas satu hari, daging mula berubah warna setelah mengalami proses penapaian. Saya tunggu lagi seminggu baru masak supaya daging menjeruk sebaiknya.

Ta-daa!

pekasam daging

Saya masak setelah daging menjeruk seminggu. Makan dengan nasi putih sahaja. Sedap rupanya daging pekasam ini.

Perlu basuh atau tidak sebelum goreng?

Tak perlu.

Lembut ke dagingnya?

Lembut sebab saya guna daging top side dan dipotong nipis-nipis.

Perlu rebus?

Tak perlu rebus.

Jika anda suka dengan resipi daging pekasam ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

15 − 2 =