Resepi Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Perlu Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je!

Resepi Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Perlu Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je! | Nampaknya roti buku permintaan tinggi sepanjang proses PKP masih dijalankan. Mana tidaknya, sudah ramai dalam kalangan kita yang makin bosan menjamu nasi setiap hari, jadi roti menjadi pilihan kedua.

Bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan resepi roti ini mengikut kreativiti sendiri. Tapi, macam mana kalau roti dah sold out? Selain itu, bagaimana kalau ada anak-anak yang alergik dengan telur?

Jadi, apa kata kita buat sendiri roti tawar atau roti loaf ini di rumah. Walaupun tanpa guna telur, mixer atau breadmaker, masih boleh gebu macam di kedai tau![expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

EGGLESS BREAD UNTUK SEISI KELUARGA

Hanya 5 Bahan, Tanpa Guna mixer atau Breadmaker. Apa yang lain adalah:

  1. Madu asli menggantikan Gula , kerana untuk yis hidup dan bereaksi memerlukan gula. Jadi ummi tukar kepada madu.
  2. Diingatkan susu mesti suam untuk dicampurkan bersama yis. Air tak boleh panas, yis akan mati.
  3. Ingin hasilkan doh yang elastik perlu uli 15minit..perap 45 minit. Bentukkan roti, perap lagi 30-45minit dan bakar!

BAHAN BAHAN

Resepi Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Perlu Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je!

  • 3cup Tepung Gandum (unbleached)
  • 1 cup susu fullcream/freshmilk suam kuku
  • Yis 11gram (1paket)
  • Unsalted butter 1 sudu besar
  • Madu asli 3 sudu besar

CARA-CARA

  1. Susu, madu dan yis digaulkan bersama. Kacau sampai berbuih.
  2. Kemudian masukkan tepung dan tuang bancuhan tadi.
  3. Masukkan butter. Uli sehingga menjadi doh.
  4. Biarkan selama 45 minit kemudian baru masukkan dalam acuan pembakar roti.
  5. Sebelum bakar, sapukan minyak zaitun dahulu kemudian bakar menggunakan suhu 20o’C selama 35 minit.
  6. Siap roti tawar tanpa telur!

https://www.facebook.com/qeedaqeeda/videos/2979748955424960/

Resepi Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Perlu Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je!

Resepi Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Perlu Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je!

*Selamat mencuba resepi roti tawar tanpa telur!

Sumber: Khalida Mahsari Ummi Khadeejah

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 5 =