Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya

Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya | Jika diikutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sepatutnya bakal berakhir 14 April ini.

Walaupun tempoh lanjutan belum lagi diumumkan, namun ramai ibu bapa berpendapat bahawa sesi persekolahan perlu ditunda sehingga kes COVID-19 betul-betul reda.

Begitulah pandangan yang disuarakan oleh kebanyakan ibu bapa, guru dan rakyat Malaysia menerusi media sosial Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Dalam hantaran di Facebook tersebut, Dr Radzi mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan berkaitan pembukaan semula sesi persekolahan.

https://www.facebook.com/DrRadziJidin/posts/2355619651401929

Ramai Ibu Bapa Risau Nak Hantar Anak Ke Sekolah Sokong Tangguh Persekolahan

Hantaran yang dibuat semalam itu mendapat mendapat lebih 3 ribu komen dan hampir 4 ribu perkongsian di media sosial.

Rata-rata ibu bapa masih berasa risau untuk mnghantar anak ke sekolah sekiranya sesi persekolahan bermula selepas 14 April ini.

Walaupun ada juga yang risau anak-anak ketinggalan pelajaran, namun sesi pembelajaran online masih boleh diteruskan. Namun, ia mungkin kurang praktikal bagi sesetengah subjek atau bagi mereka yang tidak mendapat akses internet.

Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya

Terdapat juga cadangan menggantikan cuti akhir tahun dengan sesi persekolahan bagi membolehkan mereka menghabiskan silibus yang terpaksa ditangguh ketika tempoh PKP.

Ada juga yang berpendapat peperiksaan utama perlu ditangguhkan kerana apabila tangguh persekolahan ianya juga memberikan kesan kepada tempoh pembelajaran anda.

Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya

Ramai Ibu Bapa Sokong Tangguh Persekolahan Hingga Malaysia Bebas COVID-19 Sepenuhnya

Yang penting, semua cadangan ini akan diambil kira dan bakal dibincangkan oleh pihak KPM agar keputusan yang terbaik dapat dicapai bersama-sama.

Jadi, apa kata anda tentang sokongan tangguh persekolahan ni?

Jika anda mempunyai cadangan atau pandangan, sila suarakannya di ruangan komen yang boleh dibuat melalui Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Dr Radzi Jidin.

Semoga semuanya baik-baik saja. Teruskan duduk di rumah supaya wabak ini dapat dihapuskan bersama ya!
#StayAtHome[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

thirteen + twelve =