Inilah Punca Madu Kelulut Berbuih Dan Cara Penjagaannya

Madu kelulut anda berbuih sampai tumpah atau botol pecah? Power sangat madu kelulut ni. Dalam madu ada yis, gula, dan air. Bila ada cahaya dan suhu bersesuaian, yis ini akan menapai dan membebaskan gas.Gas yang terhasil inilah yang akan membuakkan madu bila botol dibuka dan boleh juga pecahkan botol kalau tekanan terlalu tinggi apabila digoncang atau penutupnya terlalu lama tidak dibuka.

Selain itu, madu yang terfermentasi (penutup tidak dibuka) terlalu lama juga juga akan menjadi lebih masam, tetapi TIDAK ROSAK dan masih selamat diminum.

Secara amnya madu boleh dikenali melalui 4 ciri-ciri penting iaitu warna, rasa, bau dan kelikatan.madu kelulut

BACA: Inilah 25 Cara Gunakan Madu Kelulut Untuk Jaga Kesihatan Kita, Rugi Kalau Beli Tak Manfaat Sepenuhnya

Warna Madu Kelulut

Warna madu lebah kelulut tidak seragam. Ianya ada yang berwarna jernih dan sehingga gelap pekat, bergantung kepada tahap kematangan madu yang dituai.

Semakin matang madu, semakin gelaplah warnanya. Ia juga bergantung kepada jenis kelulut yang diternak dan sumber makanan yang dominan di kawasan penternakan.

Rasa madu lebah kelulut adalah manis dan masam. Adakala terasa agak pahit.

Berdasarkan Sijil Kemahiran Malaysia mengenai penternakan kelulut, terdapat 4 rasa madu kelulut iaitu Manis Manis, Manis Masam, Masam Manis dan Masam Masam.

Rasa Madu

Rasa manis madu adalah daripada sumber gula ringkas yang dihasilkan oleh Lebah Kelulut dari Nektar yang dihisap (glukose, sukrose dan fruktose).

Rasa masam adalah daripada kandungan asid asitek yang terhasil daripada penapaian gula oleh Yis dengan kehadiran kandungan lembapan dalam madu.

Manakala rasa pahit sedikit berkemungkinan datang daripada sumber propolis.

Bau Madu

Secara umumnya madu berbau harum manis dan adakalanya ia berbau seperti bau bunga, pokok yang menjadi dominan di kawasan penternakan.

Sebagai contoh sekiranya haif diletakkan dalam kawasan kebun durian dan pada waktu tersebut pokok durian sedang berbunga, madu lebah kelulut yang dituai akan berbau bunga durian, begitu juga sekiranya ia diternak di dalam kawasan pokok gelam atau akasia.

Kelikatan Madu

Seringkali juga kita membandingkan kelikatan cairan madu lebah madu dan lebah kelulut.

Sebenarnya secara purata, madu lebah kelulut dan lebah madu yang baru dituai adalah cair berbanding madu di pasaraya atau madu import, kerana madu lebah mentah mengandungi kandungan lembapan (moisture) yang tinggi.

Madu lebah mengandungi sehinggan 25% manakala madu kelulut mengandungi sehingga 35%.

Untuk dipasarkan, biasanya madu mentah ini akan diproses menyahlembapan untuk mengurangkan kandungan air bagi mengelakan madu tertapai yang akan menghasilkan gas dan menyebabkan madu teruap atau botol pecah.

Punca Madu Berbuih

Madu Lebah Kelulut dan madu lebah tualang yang dikeluarkan oleh penternak kecil-kecilan, seringkali kelihatan berbuih apabila penutupnya dibuka.

Ini adalah disebabkan madu masih mengalami proses penapaian yis yang akan menghasilkan gas karbon dioksida.

Apabila anda membeli madu ini, dinasihatkan untuk membuka tudung, penutup botol dan menutupkannya dengan kain sahaja serta diikat. Letakkannya di dalam freezer untuk ‘menghentikan’ buat sementara aktiviti penapaian yis.

Ataupun buatkan lubang kecil di penutup botol untuk membolehkan gas yang terhasil dibebaskan dan mengelakkan botol madu pecah. Madu masih boleh dimakan.

Semoga memberi manfaat.

BACA: Dulu Jumpa Semut Je Mesti Bunuh.Tapi Sekarang Tidak Lagi.Baca Saja Ni

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen − 10 =