Home All Petua DIY 3 Bulan Terkandas PKP Di Kampung, Lihat Hasil Dekorasi Rumah Mak Yang...

3 Bulan Terkandas PKP Di Kampung, Lihat Hasil Dekorasi Rumah Mak Yang Dilakukan Wanita Ini

3950
0
3 Bulan Terkandas PKP Di Kampung, Lihat Hasil Dekorasi Rumah Mak Yang Dilakukan Wanita Ini-

3 Bulan Terkandas PKP Di Kampung, Lihat Hasil Dekorasi Rumah Mak Yang Dilakukan Wanita Ini | Hiasan dalaman yang menarik mampu membuatkan mood isi rumah tenang dan ceria. Warna dinding rumah dan perhiasan memainkan peranan yang sangat penting dalam menjadikan rumah lebih nampak eksklusif.

Seperti perkongsian dari Mcyah Joanjett ini, mereka adik-beradik bekerjasama mengubahsuai susunan atur rumah di rumah mak ayah.

Maklumlah, sepanjang tempoh PKP mesti dahk mati akal, tak tahu nak buat apa. Jadi, apa salahnya untuk anda luangkan masa hias rumah mak ayah.

Dekorasi rumah mak

dekorasi

Gara-gara PKP, hampir 3 bulan stay rumah mak kat kampung. So. terjadilah macam ini. Alhamdulillah selesai decoration rumah mak. Letih weiii… aku rasa aku beranak awal tau. Raya sakanlah mak ayah tahun ini. Mak suka tema classic warna-warna kayu. Rumah dia mostly perabot kayu.

BACA: Dekor Rumah Sewa Papan Hanya Guna Barang Kedai RM2, Hasilnya Simple & Kemas!

Tukar kedudukan dan susunan

dekorasi

So aku just adjust buat tema modern wood. Tema kayu tapi moden. Cat rumah touch up balik warna putih. Langsir tukar kepada elemen coklat tua dan muda. Untuk dapur, cuma cat balik kabinet jadi warna putih dan tampal wallpaper atas mozek supaya dapur nampak luas dan tak sarat. Semua perkakas guna perabot sedia ada dalam rumah, hanya tukar kedudukan dan susunan. Yang beli baru cuma langsir, karpet dengan pokok hiasan tepi TV.

Nampak luas

dekorasiSimple but nice. Sejuk mata memandang. Janji rumah nampak lega dan luas. Sesuai dan selesalah untuk keluarga besar yang ramai anak cucu cicit macam ini.

Dah ramai-ramai berkumpul berbulan-bulan, makan beramai, puasa beramai, berbuka beramai, bersahur beramai, terawih beramai, moreh beramai, haaa.. apa kata jom deco beramai. Nasib baik semua sporting dan bersepakat bagi kerjasama.

Terima kasih kepada suami, adik beradik dan ipar duai yang sudi beri kerjasama dekorasi siang malam bertukang sampai 3 hingg 4 pagi. Tak lupa juga pada anak-anak saudara semua yang sibuk membantu dan kacau sama banyak.

Terima kasih PKP, kalau tak ada PKP tak jadi semua ini sebab balik rumah mak kejap-kejap je. Mak ayah happy betul tengok transformasi dekorasi rumah dia orang. Semoga kita adik-beradik beroleh keberkatan asbab gembirakan hati orang tua.

dekorasi dekorasi

Sumber: Mcyah Joanjett

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here