Rekaan Serba Ringkas Perumahan DBKL Dengan Harga RM100 Sebulan Ini Berjaya Menarik Perhatian Golongan Muda

Rekaan Serba Ringkas Perumahan DBKL Dengan Harga RM100 Sebulan Ini Berjaya Menarik Perhatian Golongan Muda | Sejak dirasmikan pada 23 Oktober 2019 yang lalu, ramai yang begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terkini Perumahan Bandar yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pihak DBKL telah menawarkan bilik dengan harga serendah RM100 untuk golongan bujang berpendapatan rendah di ibu kota.

Pastinya ini satu peluang yang cukup baik untuk direbut oleh golongan bujang kerana harga sewa yang cukup rendah ditawarkan.

Jika dilihatkan kepada rekaan hiasan perumahan DBKL yang dikongsikan oleh DBKL, segalanya nampak cukup ringkas memang sesuai untuk didiami oleh golongan bujang.

Perumahan DBKL Untuk Golongan Bujang

perumahan DBKL

perumahan DBKL

perumahan DBKL

perumahan DBKL

perumahan DBKL

perumahan DBKL

Untuk pengetahuan anda, harga sewa yang ditawarkan adalah RM100 termasuk dengan bil api dan juga air. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya ialah surau, bilik mandi, tandas, ruang makan, ruang tamu dan pelbagai kemudahan yang lain.

Suasana di dalam perumahan ini sememangnya direka khas untuk golongan bujang menginap dalam keadaan yang selesa tanpa perlu terbeban dengan kos penginapan yang terlalu tinggi. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar, boleh ke laman sesawang rasmi DBKL di sini.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

11 + 3 =