Minum Air Kelapa Banyak Khasiat Tapi Ada Mitos Wanita Hamil Dihalang Sentuh, Ini Penjelasan Dr Imelda.

Minum Air Kelapa Banyak Khasiat Tapi Ada Mitos Wanita Hamil Dihalang Sentuh, Ini Penjelasan Dr Imelda. | KITA sering dimomokkan bahawa ibu hamil tidak digalakkan minum air kelapa kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

Namun Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin menyifatkan perkara itu adalah mitos dan mengarut, malah tidak berdasarkan fakta.

Dr Imelda mengakui air kelapa mengandungi banyak khasiat mineral yang elok diminum wanita ketika hamil, selepas bersalin dan semasa datang haid.

minum air kelapa

“Masalahnya di Malaysia ialah ramai ‘makcik bawang’ nak bagi nasihat mengarut suruh wanita Malaysia pantang air kelapa muda semasa datang haid, suruh pantang air kelapa muda semasa hamil, selepas bersalin.

“Nasihat ‘makcik bawang’ sangatlah mengarut dan tidak berdasarkan fakta. Lepas tu suruh beli produk-produk sampah pula.

“Nikmat semulajadi kurniaan Tuhan ada di depan muka tetapi nak pantang kurniaan Tuhan. Memang tak masuk akal la kan,” katanya dalam satu posting di Facebook.

Jelas Dr Imelda lagi, air kelapa juga adalah minum terbaik selepas aktiviti bersukan.

“Air kelapa muda sejuk ialah nikmat kurniaan Tuhan semulajadi yang hebat, mengandungi banyak khasiat mineral selepas bersukan.

“Kita sangat bernasib baik sebab hidup di iklim tropika dan boleh dapat nikmat ini dengan senang.

“Di negara panaslah tumbuhnya pokok kelapa, dan di negara panaslah manusia lebih kerap berpeluh sehingga memerlukan lebih penggantian mineral sodium, potassium dan magnesium,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Imelda turut menggesa pemberhentian penjualan produk ‘sampah’ di media sosial.

“Saya pantang produk sampah hangpa. Dah ada jus segar semulajadi nikmat Tuhan, buat apa saya nak beli jus campoq-campoq overclaim yang hangpa juai dalam botoi dengan harga cekik darah??

“Kalau ‘makcik bawang’ nak suruh sangat orang lain berpantang demi kesihatan, berhentilah tunjuk resipi kek kek manis hangpa tu dalam media sosial. Itu kan junk food? Apa yang penting untuk kesihatan pun hangpa tak tau, lepas tu nak bagi nasihat perubatan?” soalnya.

Dr Imelda menyifatkan larangan minum air kelapa ketika hamil, selepas bersalin dan masa datang haid sebagai mengarut.

Posting Dr Imelda mendapat respons positif dalam kalangan netizen sehingga ada berkongsi pengalaman sendiri minum air kelapa semasa hamil di ruangan komen.

“Betul tu doktor. Saya start tau pregnant dah minum air kelapa. Dari anak 1st sampailah nak masuk nombor dua. Dapat pure kelapa muda Allah nikmatnyalah sebab kita tau khasiat kelapa teramatlah banyak,” kata Daia.

“Masa 1st pregnancy, segala kepantangan bawang Holland tok nenek saya tak makan. Sekarang saya mengandung anak kedua. Memandangkan saya kenal doktor sebelum saya pregnant, so far saya dah makan nenas, air kelapa, dua ulas Musang King dan juga air tebu nikmat yakmat (dalam kadaran wasatiyyah),” tulis seorang lagi netizen.

Minum air kelapa bukan penyebab baby keluar jadi putih.

DR AMALINA CHE BAKRI.

Pakar bedah.

Tweet Dr Imelda turut dikongsi pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri.

Namun Dr Amalina berpendapat minum air kelapa bukan penyebab kulit bayi baru lahir putih bersih.

Ini kerana ramai netizen berkongsi bahawa amalan minum air kelapa menyebabkan kulit anak mereka yang baru dilahirkan putih bersih.

minum air kelapaTweet Dr Amalina mengenai air kelapa.

“Minum air kelapa bukan penyebab baby keluar jadi putih.

“Sebenarnya, bayi memerlukan selaput putih iaitu Vernix caseosa yang melindungi baby baru lahir supaya kulit menjadi sihat, menjadi pelincir semasa proses kelahiran dan melindungi daripada infection semasa dalam kandungan,” katanya.

Jelas Dr Amalina lagi, tabiat minum minyak kelapa dara juga tiada kaitan memudahkan proses bersalin.

“Tak ada kaitan langsung,” katanya.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × five =