Periuk Nasi Berharga RM800 Menjadi Idaman Para Isteri, Masak Dua Menu Secara Serentak!

Periuk Nasi Berharga RM800 Menjadi Idaman Para Isteri, Masak Dua Menu Secara Serentak! | Sejak PKP ini ramai golongan ibu yang dah semakin rajin mencuba pelbagai resepi, kadang tu tak sempat nak cuba semua resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga kerana kekangan masa semasa nak memasak. Nak pula kalau yang ada anak kecil mesti masa di dapur tak boleh nak lama-lama sangat.

Buat para ibu yang bekerjaya, pastinya ingin peralatan dapur yang dapat menjimatkan masa dan memudahkan untuk menyediakan makanan. Pastinya jika para ibu tahu akan periuk nasi serbaguna dari Jepun ini, mereka akan tersenyum gembira dan ingin mendapatkannya.

Bukan sekadar periuk nasi, Twin Chef hadir dengan tetapan yang berbeza membolehkan anda mengoptimumkan suhu dan masa memasak periuk untuk membuat makanan yang berbeza.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

periuk nasi

Periuk Nasi Twin Chef Menjimatkan Masa

Bagi para ibu yang memang suka menjimatkan tempoh memasak dan tidak perlu menunggu untuk menu pertama siap baru nak masak menu seterusnya, periuk nasi ini memang boleh membantu!

Anda bukan sahaja boleh masak nasi tetapi anda juga boleh tampil dengan menu seperti okayu (bubur nasi Jepun), nimono (daging dan sayur-sayuran rebus ala Jepun), sup dan kek.

Lebih menarik, anda boleh masak 2 menu berbeza dalam satu masa yang berbeza dan juga dua dulang steamer turut diberikan untuk membuat lauk tambahan. Difahamkan harga untuk Twin Chef ini adalah 19,800 yen (~RM803) sahaja dan jika berminat boleh dapatkan di laman sesawang Shop Japan.

Sementara itu, mesin Thermomix menjadi buah mulut netizen di Malaysia.

BACA: Thermomix Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami, Antara Keperluan Dan Kehendak Isteri!

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

nineteen + 9 =