Inilah Resepi 2-in-1 Sediakan Bubur Bayi & Nasi Sekaligus. Mudah Menjimatkan Masa

“Leceh juga nak buat bubur bayi ni. Nak tunggu nasi masak pun dah satu hal. Nanti nak tunggu lembut pun makan masa juga. Tak ada cara lain ke yang mudah sikit ya?”

Ibu-ibu mesti faham betapa lecehnya nak buat bubur bayi kerana prosesnya mengambil masa yang agak lama. Nak-nak pula kalau bayi dah merengek kelaparan.

Tak cukup dengan itu, nak masak nasi untuk keluarga lagi, nak masak lauk, urus anak dan sebagainya. Maka, anda pasti teruja kalau kami kongsikan salah satu tips jimatkan masa untuk memasak kedua-dua nasi dan bubur ini sekaligus.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

Tips ini merupakan perkongsian asal Puan Musyahadah Oo yang telah mendapat hampir 20k perkongsian. Menurutnya, memang jimat masa kalau buat begini. Menariknya, kita juga boleh adjust sama ada nak bubur yang lembek atau keras, bergantung pada umur bayi.

Jom kita ikuti dengan lebih lanjut. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk bubur. (Bahan nak masak nasi tu, macam biasalah ya.)

BAHAN-BAHAN BUBUR BAYI

  • Ikan bilis / ayam
  • Sayuran ikut kegemaran
  • 1 sudu minyak sayuran

bubur bayi

CARA-CARA MENYEDIAKAN BUBUR BAYI DAN NASI SEKALIGUS:

Ini pula cara-cara memasak bubur sekali dengan nasi dalam rice cooker.

1.SEDIAKAN ALATAN

Pertama sekali, sediakan peralatan yang akan digunakan iaitu rice cooker dan cawan / mangkuk kecil. Biasa cawan stainless steel tu saya buang tangannya. Saya tak suka guna yang plastik sebab bahaya. Jadi, macam inilah yang saya buat.

bubur bayi

2.SUKAT BERAS

Beras dalam cawan dibahagikan kepada 3 bahagian. 1 beras, 2 air. Kalau nak lembek, kurangkan beras. Agak-agak macam buat bubur. Nasi yang dalam rice cooker kita masak macam sukatan biasalah ya.

bubur bayi

3. ISI AIR

Seterusnya, isikan air secukupnya dan letak di tengah-tengah rice cooker.

bubur bayi

4. TAMBAH BAHAN-BAHAN PERASA

Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan perasa untuk bubur. Ikut sukalah nak bubuh ikan bilis, ayam, sayuran, atau apa-apa bahan lain. Kemudian saya tambahkan sedikit minyak sayuran. Fungsinya untuk melembutkan lagi bubur. Kalau tak ada minyak sayuran gunakan minyak zaitun, minyak bunga matahari, atau apa-apa minyaklah. Minyak masak biasa pun boleh.

bubur bayi

5. MASAK MACAM BIASA

Bila dah bubuh semua bahan, bolehlah masak macam biasa.

bubur bayi

6. GAULKAN

Akhir sekali bila dah masak, gaulkan sedikit bubur supaya bubur akan melembut. Boleh nampak dalam gambar di bawah perbezaan tekstur bubur dan nasi yang dimasak.

SIAP BUBUR BAYI DAN NASI!

Sambil masak nasi, dapat masak bubur sekali. Memang mudah dan menjimatkan masa, kan? Hasilnya bolehlah dapat dalam 2 mangkuk kecil bubur, cukup untuk 2 kali makan.

Wah, lepas ini tak perlu nak masak asing-asing lagi. Nasi dapat, bubur pun siap sekali. Hari-hari dapat bagi bayi makan bubur yang fresh. Tak perlu jaga api, bubur pun takkan hangus. Senang kan? Tak payah pening kepala!

SEMOGA BERMANFAAT

Terima kasih Puan Musyahadah untuk idea masak bubur bayi yang kreatif dan bernas. Semoga tip ini dapat memudahkan ibu-ibu yang sibuk dengan kerja di pejabat mahupun tugas harian di rumah. Jangan lupa kongsikan artikel ini di akaun sosial media anda supaya lebih ramai ibu-ibu dapat mencuba idea ini.

Selamat mencuba![/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × four =