Home All Petua Dapur Periuk Kaca Rentung Kembali Bersinar Seperti Baru Dengan Petua Ringkas Ini

Periuk Kaca Rentung Kembali Bersinar Seperti Baru Dengan Petua Ringkas Ini

2793
0
Periuk Kaca Rentung Kembali Bersinar Seperti Baru Dengan Petua Ringkas Ini

Periuk Kaca Rentung Kembali Bersinar Seperti Baru Dengan Petua Ringkas Ini | Sekali kita terleka, buruk padahnya. Biasa terjadi, kalau kita panaskan makanan di dapur dan sambung buat kerja lain sampai terlupa nak tutup api. Habis rentung periuk! Nak hilangkan kesan hitam tu bukan mudah. Mungkin kita rasa lebih baik buang dan beli yang baru saja.

Tapi tunggu dulu! Jangan buang dulu periuk kaca anda yang dah terbakar tu. Ikut petua ini,mungkin ada peluang lagi nak selamatkannya..

Petua yang simple ini dikongsi Lia Johari melalui Kelab Kaki Deko di Facebook dan telah mendapat banyak feedback yang positif. Jadi jom kita cuba!

PERIUK KACA KESAYANGAN RENTUNG!

Alkisah periuk kaca Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yang lain.

Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas. Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.periuk kacaperiuk kaca

Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.

Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu

PETUA 3 BAHAN BERKESAN!

Periuk visions yang dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.

Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.

Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.

Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.

HASILNYA!

periuk kaca

BACA: 10 Tip Menghilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan Anda

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here