Kalau Nak Pakaian Dalam Almari Sentiasa Kemas Begini, Ikut Cara Yang Dipraktikkan Wanita Ini!

Antara kerja yang dianggap renyah oleh kaum ibu adalah melipat pakaian. Dah siap lipat, kemasnya mungkin bertahan sehari kemudian berterabur kembali bila ditarik anak.

Sakit mata dibuatnya bila baju yang baru dikemas kembali bersepah apatah lagi kalau di rumah jenis kabinet terbuka.

Perkara yang sama dihadapi oleh Puan Azila Ahmad. Tapi dia menemui cara menarik untuk memastikan almari baju anaknya sentiasa kemas dan teratur walau ditarik berulang kali oleh anak.

Cara Pastikan Pakaian Sentiasa Tersusun Cantik

Caranya adalah dengan menggunakan produk yang memudahkan penyusunan baju dikenali sebagai Ezystax.

BACA JUGA :: Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju

pakaian

Ujar Azila cara melipat baju tetap sama tapi ketika menyusun pakaian dalam almari dia menggunakan produk ini untuk lebih teratur.

Produk Ezystax ini sudah lama diperkenal cuma ramai yang belum maklum tentang penggunaannya. Lebih menarik kata Azila produk ini diperbuat daripada bahan kitar semula.

pakaian

Mana nak beli? Tak perlu susah-susah, Ezystax ini boleh didapati di kedai MR. DIY ataupun boleh dibeli di laman membeli-belah Shopee.

Ha apa lagi balik nanti di singgah cari ya! At least pakaian yang dah siap lipat tu tersusun kemas dalam jangka masa lama. Sedap sikit mata memandang macam ni!

Selamat mencuba!

Sumber: Azila Ahmad

You might also like
2 Comments
  1. […] Spice Rack Dapur Tanpa Tebuk Dinding, Jimat Ruang, Mudah & Kemas Sangat! | “Mana pulaklah rempah kari ni. hari tu rasanya ada lagi. Satu hal nak kena beli kalau […]

  2. […] kebanyakan kaum wanita memang penuh dengan pakaian, maklumlah hobi kita pun membeli baju dan tudung kan. Tapi dalam almari yang penuh itu separuh daripadanya adalah baju yang kita tak […]

Leave A Reply

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Your email address will not be published.