Home All Petua DIY Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut...

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 1

“Fuh, selesai jugak akhirnya lipat baju ni semua, tapi, ni banyak sangat ‘hanger’, mana nak letak, bersepah jer ni”.

Benda macam ini selalu je jadi, lebih-lebih lagi lepas mengemas pakaian, bukan apa, kalau masa basuh baju, kita banyak guna ‘hanger’ sebab lebih mudah nak kering, tapi kalau dah melipat, tak banyak sebenarnya yang guna ‘hanger’.

Bila dah macam ni, mesti longgok jer ‘hanger’ yang banyak itu dekat dalam bakul, tak pun gantung jer dekat ampaian, guna untuk esok pula. Tapi, kadang-kadang ‘hanger’ ni kalau dah banyak sangat kat bakul la, penyidai la, ia sedikit sebanyak buat serabut. Nak simpan, tak ada tempat khas.

Dalam sedar tak sedar, situasi ini yang secara tidak langsung berikan idea buat Mohd Azrin Roselan untuk buat sendiri rak penyimpanan penyangkut baju ni. Jadinya, ‘hanger’ tak bersepah atau hilang, dan yang paling penting, modal nak membuatnya sekitar RM20 sahaja. Apa lagi, jom kita tengok macam mana nak buat, lepas ini boleh la buat untuk isteri pulak.

DIY Rak Penyangkut Baju

Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC. Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.

Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali. Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-

  1. Paip PVC 15″ sepanjang 9 kaki
  2. Gam paip PVC

Kos upah: Air Sirap.

Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 2

Simpanan penyangkut baju

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 3

1. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rak simpan penyangkut baju

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 4

2. Pasang paip 5″ pada elbow dan 3 joint untuk bahagian A

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 5

3. Pasang paip 5″ pada 3 joint untuk bahagian B

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 6

4. Pasang bahagian A dan B

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 7

5. Sambung paip 8″

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 8

6. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 9

7. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 10

Rak simpan penyangkut baju

Hanger Bersepah & Hilang, Dengan Modal RM20 Boleh Buat Sendiri Rak Penyangkut Baju 11

Sila LIKE dan SHARE

AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here