Home All Petua Dapur Cara Mudah Nak Buang Kulit Ikan Jaket,Isi Ikan Pun Tak Melekat Banyak

Cara Mudah Nak Buang Kulit Ikan Jaket,Isi Ikan Pun Tak Melekat Banyak

3459
1
Cara Mudah Nak Buang Kulit Ikan Jaket,Isi Ikan Pun Tak Melekat Banyak 1

Siapa yang selalu memasak, pasti pernah berhadapan dengan seekor spesies ikan ini, yang boleh dikatakan menjadi lawan di dapur kalau nak memasak. Bukan apa, kesukaran untuk mengendalikannya, walaupun telah mati.

Sebut saja nama ikan ini, ramai wanita di luar sana tahu, lebih dikenali sebagai ‘ikan jaket’ tak pun ikan cencaru. Ikan ini bukan macam ikan lain yang mana mudah je nak siang sisiknya, sebab ianya bukan sisik, tetapi lebih kepada kulit yang tebal. Kalau tak dibuang, memang susah untuk dimakan kelak.

Sebab itu ramai yang buat bakar ikan ini, senang nak buang kulitnya kalau dah dibakar. Tapi, lepas ini, senang lah, sebab dah tahu cara mudah nak buang kulit tebal itu, tak adalah tercedera jari cabut kulit ikan cencaru ni. Jom kita ikuti perkongsian dari Pn LinaZubir Linawati Latip hanya guna surat khabar je.

Cara Mudah Nak Buang Kulit Ikan Jaket,Isi Ikan Pun Tak Melekat Banyak 2

Alhamdulillah ini dia rupa kejadian

Ada yang jenuh dan sukar nak siat kulit ikan cencarukan haaa ini cara saya ya guna surat khabar..sikit-sikit isi ikan yang melekat tu adatlah kan tapi atas nasib juga kadang-kadang isinya tak melekat langsung.

Inilh satu-satunya ilmu siat kulit cencaru menggunakan surat khabar yang saya warisi dari Ayahanda sy Allahyarham Hj Latip bin Abd Rahman. Semoga dapat membantu kawan-kawan ya, cara paling mudah dan cepat. Selamat mencuba.

Cara Mudah Nak Buang Kulit Ikan Jaket,Isi Ikan Pun Tak Melekat Banyak 3

Cara Mudah Nak Buang Kulit Ikan Jaket,Isi Ikan Pun Tak Melekat Banyak 4

Bahagian ekornya kasi kontot mcm tu ea

Ha, lepas ini dah boleh mempelbagaikan masakan ikan cencaru ini, tak adalah asyik bakar aja. Jom kita cuba.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here