Mereka Yang ‘Beginner’ Dalam Mengurut Kaki, Ini 10 Langkah Belajar Mengurut!

Mereka Yang ‘Beginner’ Dalam Mengurut Kaki, Ini Langkah Demi Langkah Belajar Mengurut! | Terkadang, apabila kepenatan selepas seharian bekerja, sangat indahnya dunia jika kaki kita diurut?

Kaki kita dikatakan mempunyai pusat dan titik-titik tertentu yang dapat membantu dalam melegakan kerengsaan bahagian-bahagian badan yang lain. Kaki yang keletihan kerana banyak berjalan atau berdiri lama boleh menjadi punca sakit pada bahagian lain seperti sakit pinggang.

Sepertimana kita menyukai kaki kita diurut, orang yang mengurut itu (terutamanya pasangan kita) pasti juga suka untuk kita mengurut mereka tatkala mereka memerlukan. Jadi apa salahnya sekiranya kita belajar sedikit cara memberikan urutan kaki yang sedap.

mengurut kaki

Berikut adalah langkah-langkah mengurut kaki yang sistematik dan berkesan!

  1. Meniarapkan kaki kita. Langkah ini boleh dilakukan sekiranya ada orang lain yang tolong untuk urutkan kaki kita.
  1. Letakkan bantal di bawah buku lali. Langkah ini memberikat sedikit ketinggian kepada tapak kaki kita dan memudahkan tukang urut untuk mengurut kaki kita.
  1. Panaskan sedikit tangan kita. Apabila ingin memulakan urutan, semestinya kita akan menggunakan minyak-minyak urutan atau minyak panas. Sebelum menyapukan minyak tersebut kepada individu yang diurut, pastikan tangan anda sedikit suam dan tidak terlalu sejuk.
  1. Masih di dalam topik memanaskan badan, kita juga boleh menyapu dan mengusap kaki dahulu sebelum memulakan urutan bagi memanaskansedikit suhu kaki tersebut. Urutan yang baik adalah dibuat pada suhu badan dan tidak terlalu sejuk.
  1. Mulakan dengan membuat bulatan di lekukan tapak kaki mereka menggunakan belakang tangan kita (seperti di video).
  1. Seterusnya, gunakan ibu jari untuk mengenakan tekanan yang mendalam sedikit ke tapak kaki.
  1. Teruskan menggunakan ibujari bagi mengurut tapak kaki pasangan atau orang yang diurut sehingga tapak kaki mereka tidak terasa begitu tegang.
  1. Bagi bahagian tumit, gunakan bahagian bawah tapak tangan dan buatkan bulatan. Jangan terlalu kuat atau ganas bagi bahagian ini.
  1. Di peringkat pengakhiran, tarik jari-jari kaki secara lembut. Sekiranya tangan anda licin dan berminyak, gunakan kain.
  1. Akhir sekali, sapukan sedikit minyak panas buat kali terakhir pada tapak kaki untuk mewujudkan rasa kesedapan minyak panas tersebut.
You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

two × two =