Untuk ‘Member’ Yang Liat Bayar Hutang, Ini Aplikasi Yang Korang Boleh Guna

Untuk ‘Member’ Yang Liat Bayar Hutang, Ini Aplikasi Yang Korang Boleh Guna | Kalau sebut pasal hutang, mesti ada segelintir masyarakat yang mempunyai pengalaman di mana kawan pinjam tapi bertahun baru bayar. Tidak dengan itu saja, ada yang sering beri pelbagai alasan untuk elak membayar hutang.

Sekarang, korang tak perlu pening-pening nak minta kira semula hutang yang dibayar dan belum dengan menggunakan aplikasi menarik ini yang dikongsikan oleh Hazwan Faiz di laman Twitternya.

“Nak share apps yang berguna bila korang ada member yang jenis enjoy sama sama tp liat nak tong-tong duit dengan bayar hutang”

Nak share aplikasi yang berguna bila korang ada member yang jenis makan/enjoy sama sama tapi liat nak ‘tong’ duit, yang liat membayar hutang buat-buat lupa.

BACA JUGA: Kita Boleh Tolak Beri Hutang Pada Kawan Yang Ada 11 Ciri-Ciri Ni!

Yang jenis bayar asing-asing makan walaupun korang bercouple. Download aplikasi Splitwise. Sure tak boleh lari.

bayar hutang bayar hutang

Kalau orang dulu guna buku 555 tapi sekarang guna aplikasi je terus, sure kawan-kawan korang semua ‘goyang’ kalau tak membayar hutang.

Sumber: Hazwan Faiz

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

three × 4 =