Home All Petua Kewangan Kita Boleh Tolak Beri Hutang Pada Kawan Yang Ada 11 Ciri-Ciri Ni!

Kita Boleh Tolak Beri Hutang Pada Kawan Yang Ada 11 Ciri-Ciri Ni!

1706
0
Kita Boleh Tolak Beri Hutang Pada Kawan Yang Ada 11 Ciri-Ciri Ni!

Ramai yang ada pengalaman beri hutang pada kawan tapi akhirnya tak dibayar. Kadang-kadang terpaksa mengemis minta bayar hutang.

Ada yang terkena berkali-kali keadaan ini kerana sifat tak sampai hati kita.

Supaya tak berlaku lagi situasi begini, kita mungkin boleh ikut saranan dari Azizul Azli Ahmad, penulis buku berkenaan kewangan dan hartanah ini.

Menurut beliau golongan begini boleh kita tolak dari beri hutang.beri hutang

11 ciri kawan yang kita boleh tolak beri hutang

#TabungHutang

JANGAN BERI HUTANG

Semua antara kita pernah memberi hutang saya rasa. Walaupun ‘Melayu mudah lupa” tetapi bila orang berhutang dengannya, ia kekal dalam fikiran sampai bila bila, Itu fitrahnya.

Saya beranggapan kita boleh menolak untuk memberi hutang golongan manusia yang ;

  1. Buat sambutan hari jadi anak bertema Frozen atau superhero terkini
  2. Ada spoiler pada wiranya lebih tinggi dari kancil kita
  3. Masih merokok macam biasa
  4. Kekal dengan i-phone 6, sedangkan kita masih guna oppo sahaja
  5. Baju rayanya ada tujuh warna dan sebelas jenama
  6. Masih updated FB makan di Secret Recipe
  7. Bercuti di hotel bergambar sebelah kolam mandi
  8. Buat kenduri mengalah anak menteri
  9. ‘Shopink’ masih ke Sogo, Lazadah dan Pavilion lagi.
  10. Tempah baju pengantin yang bergemelapan sana sini.
  11. Masih langgan saluran tv berbayar, sedangkan kita cuma tengok TV3.

Mereka gagal tentukan yang mana keperluan yang mana kehendak. Anda punyai hak untuk tidak beri mereka pinjaman.

Jika tidak, mereka akan lupa siapa anda, bila jumpa pastinya mencuka. Anda bukan lagi sahabatnya. Anda membina musuh dengan memberi mereka hutang.

#Tips Hutang

Kika hutang untuk beli barang keperluan, sila pertimbangkan.

  • Jangan tunaikan 100% permintaan hutang, jika dapat 50% dari permintaan
  • Beri nilai yang kita anggap akhirnya boleh jadi niat sedekah, jika dia tak bayar. Anggaplah sedekah sahaja.

Sumber:Azizul Azli Ahmad

BACA: Inilah 7 Cara Bantu Saya Selesaikan Hutang Kad Kredit RM11,000 Dalam 3 Bulan

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here