Lelaki Ini Ajar Cara Simpan Gambar Dalam Google Photos, Free Unlimited Storage Tak Perlu Risau

Lelaki Ini Ajar Cara Simpan Gambar Dalam Google Photos, Free Unlimited Storage Tak Perlu Risau | Masalah gambar yang banyak dalam handphone rasanya dialami oleh hampir daripada setiap daripada kita.

Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja gambar yang diambil. Lepas masak ambil gambar, keluar beli barang ambil gambar, malah nak tidur pun sempat bergambar. Hiks!

Disebabkan ‘budaya’ suka ambil gambar ini, storage handphone yang besar pun boleh penuh. Jadi, penyelesaiannya untuk masalah korang ni mudah saja. Korang boleh gunakan Google Photos untuk simpan segala gambar yang ada di handphone.

Untuk pengetahuan korang, Google ada memberi FREE UNLIMITED STORAGE untuk kita simpan gambar di app Google Photos.

Perkongsian ini telah pun dibuat oleh @rinmansor di laman Twitternya dan lelaki ini turut menunjukkan cara bagaimana untuk korang menyimpan gambar dalam app ni.

Gambar daripada handphone upload di cloud, selamat tak ada la asyik penuh je storage handphone tu. Walaupun gambar akan dicompress sikit, tapi masih lagi berbaloi kerana korang tak perlu bayar 1 sen pun.

BACA: Kalau Telefon Dah Penuh Dengan Gambar Sampai Lembap Boleh Ikut Langkah Ini

Jom kita lihat bagaimana caranya..

1. Sign in Gmail account dan buka app Google Photos. Kemudian, mulakan backup. Korang ada dua pilihan:

Ambil high quality (free unlimited storage). Kalau gambar korang besar, google auto resize jadi 16 megapixel. Jangan risau, kualiti masih cukup cantik untuk dimuat naik di Instagram.

2. Selepas dah selesai upload gambar masuk cloud, app Google Photos tu ada option ‘Free up device storage’

Ia hanya akan memadam gambar dalam handphone yang dah selamat upload ke cloud sahaja. Gerenti dapat balik bebeberapa GB ruang storage bila dah delete gambar.

simpan gambar

3. Kalau korang nak save gambar dari Google Photos masuk handphone balik, download saja semula dari app tersebut. Ia akan masuk dalam folder ‘Restored’.

simpan gambar

4. Kalau korang risau tak selamat simpan gambar di Google Photo ini, korang boleh gunakan password yang kompleks (mix uppercase, lowercase, symbols, numbers) dan enable two step verification. Guna cara ini insyaAllah selamat.

simpan gambar

Ha, mudah saja kan? Lepas ni korang tidaklah asyik stres je bila notification ‘Storage Almost Full’ dah ada port nak simpan gambar.

Sumber: Twitter rinmansor

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

one × 1 =