Inilah 7 Makanan Yang Wajib Diambil Untuk Elak Botak Diusia Muda

Rambut bukan sahaja mahkota wanita, malah rambut juga sangat penting untuk kaum lelaki. Ye la cuba bayangkan kalau muka handsome tapi rambut sikit, jarang ataupun botak tengah. Mesti malu kan.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini pasti akan merasa runsing kerana sudah berhabis banyak duit tetapi masih tiada perubahan. Tahukah anda, rambut sebenarnya boleh dijaga melalui pemakanan seharian.

Nak tahu makanan apa yang dapat membantu anda mencantikkan dan melebatkan semula mahkota anda itu, jom lihat senarai dibawah.

makanan elak botak, elak botak, petua cegah botak, cegah botak, elakkan botak, hindari botak, diet elak botak, rambut botak, makanan untuk rambut botak

1. Ikan Salmon

Sudah ternyata ikan salmon memang sangat kaya dengan protein, omega-3, vitamin B12 dan zat besi. Makan ikan salmon dapat membantu untuk menghindarkan rambut anda daripada terhidrasi/kering. Rambut anda akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah gugur, malah asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan salmon akan melindungi kulit kepala daripada berkelimumur.

2. Brokoli

Untu pengetahuan anda, sayur hijau ini mengandungi vitamin yang sangat diperlukan oleh rambut. Kandungan vitamin A, C, dan B6 yang akan membuatkan rambut anda lebih kuat dan halus, malah akan menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelembap semulajadi pada rambut anda. Manakala kandungan kalsiumnya pula akan membantu menguatkan lagi folikel rambut.

3. Kacang

Individu yang kekurangan vitamin H, akan mudah mengalami masalah rambut rosak dan gugur. Kandungan nutrisi dalam kekacang seperti protein, zink, zat besi dan vitamin H ini yang akan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan rambut baru. Kacang yang pling sesuai untuk dimakan adalah kacang merah, kacang hijau dan kacang gepang.

4. Daging Ayam

Jumlah protein yang terdapat pada daging ayam tanpa lemak sangat baik untuk menguatkan lagi rambut anda. Manakala kandungan zat besi dan vitamin B yang terkandung didalam daging ayam juga akan membantu menguatkan lagi akar rambut supaya tidak mudah gugur.

5. Telur

Protein yang terdapat dalam putih telur sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Manakala kuning telur pula sangat kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang dapat mengurangkan kerosakan rambut. Ia juga akan membuatkan rambut menjadi lebih berkilau dan sihat.

6. Bijirin Penuh

Makan bijirin penuh dapat mengelakkan kepala menjadi botak. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam bijirin penuh ini merupakan bahan antioksida semulajadi yang akan melindungi dan bertanggungjawab untuk memelihara kesihatan rambut.makanan elak botak, elak botak, petua cegah botak, cegah botak, elakkan botak, hindari botak, diet elak botak, rambut botak, makanan untuk rambut botak

7. Tiram

Tiram bukan sahaja kaya dengan protein malah kandungan zink yang terdapat didalamnya akan membantu anda mempercepatkan lagi pertumbuhan rambut. Malah ia akan melindungi kulit kepala menjadi kering dan bersisik.

BACA JUGA: 8 Petua Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. TQ

Komen Anda...

Add Comment