Nak Mudahkan Kerja Cuci Kotoran Degil? Cuma Guna Spray Ni Tunggu 10 Minit & Siram Air!

Nak Mudahkan Kerja Cuci Kotoran Degil? Cuma Guna Spray Ni Tunggu 10 Minit & Siram Air! | Bagi golongan ibu-ibu memang setiap minggu ada je kawasan di rumah yang perlu di bersihkan. Memang mata mereka ni tak boleh tengok kotoran nak pula kalau di ruang dapur atau bilik air.

Namun, kerja-kerja mencuci ini bukan lah mudah meskipun di lakukan selalu kadang-kadang nak cuci kotoran degil ini membuatkan ibu-ibu ini letih menyental dan sakit hati pun ada.

BACA JUGA: Cuci Toilet Guna Eraser Sponge, Habis Lantai Jadi Putih Bersih!

Puncanya bila dah gunakan pelbagai produk dan tanganpun dah penat menyental tapi kotoran degil tersebut masih ada juga. Maklumlah kudrat wanita mana nak sama dengan kudrat lelaki kan? Untung lah kalau ada kaum lelaki yang nak membantu isteri menyental kotoran degil!

Bagi ibu-ibu yang selesa melakukan semuanya sendiri kami nak kongsikan cara untuk mudahkan kerja cuci kotoran degil ni.

Mudah sangat kerja-kerja mencuci dengan spray magic ni. Sebab tak perlu ambil masa yang lama pun untuk mencuci bilik air ke, peralatan dapur yang lekat kotoran degil.

Paling seronok, benda magic ni cuma ambil masa 10 ke 15 minit untuk mencuci habis kotoran degil tu.

Caranya,
1. Spray dekat kawasan yang nak dibersihkan.
2. Tinggalkan dalam 10 ke 15 minit.
3. Siramlah air dekat tempat tadi.
4. Nak cuci guna span ke magic sponge pun boleh lepas tu.

Punyalah happy mak-mak yang dah try benda alah ini. Sebab dah tak perlu nak buat teruk-teruk kerja menyental tu. Kosnya pun berbaloi dengan fungsinya yang berkesan itu.

Suri ini, Dariena Ghazali dan Azni Latif dah cuba. Kata Dariena kerja mencuci bilik air jadi mudah. Macam itu jugak Azni kongsi, yang masih tak percaya punya mudahlah nak bersihkan tempat letak pinggan mangkuk tu.

Bukti Spray Magic Ini Mudah Hilangkan Kotoran Degil

cuci kotoran degil

‘Rasa Macam Nak Nangis’ – Dariena Ghazali

“Terima kasih yang teramat kepada ahli group #kemasrumahwithhani… Saya rasa macam nak nangis bila cuba bende ni dan ianya memang ajaib.. Maaf tandas rumah saya lama, tak cantik, tapi tengoklah hasilnya, saya berjaya membasuh 3 buah tandas sambil tersenyum… Terima kasih semua.

Kata Dariena, disebabkan bilik airnya kecil. Setengah botol saja digunakan untuk kerja-kerja mencuci.

Cara Azni Latif Guna Spray Magic Ini

Benda yang paling susah nak cuci sebab berliku-liku.. nak masuk span tak lepas, berus pun tak lepas. Kita spray je pakai magic clean ni.. tinggal 10 minit siram dengan air banyak-banyak ( hilangkan bau kimia) lepastu jemur.

Bagi mak-mak yang rajin menyental, mencuci celahan bekas pinggan boleh dapatkan idea di sini :

Berus cuci celahan tray, boleh beli dekat IKEA.

Guna berus botol tupperware, bersih nanti semua celah-celah tu.

Pakai berus Ikea jenis kembang macam ni pun boleh.

Mana Nak Dapatkan Spray Magic Tu.

Spray magic ini boleh dibeli di kedai online Shoppe mahupun Lazada. Mak-mak juga boleh dapatkan di Watson, TESCO, Jaya Grocer, Jusco

Kata pengguna yang dah pernah guna produk ni untuk cuci kotoran degil, bila ada harga offer, satu botol tu boleh dapat harga RM10.90 saja.

cuci kotoran degil

Selamat cuci kotoran degil ya mak-mak.

Sumber/Foto : Dariena Ghazali, Azni Latif

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

12 + 10 =