Nak Elak Rambut Botak Diusia Muda, Inilah 7 Makanan Yang Wajib Diambil
Rambut botak bukan sahaja masalah besar kepada wanita, malah masalah ini sama pening juga untuk kaum lelaki. Ye la cuba bayangkan kalau muka handsome tapi rambut sikit, jarang ataupun botak tengah. Mesti malu kan.
Bagi sesiapa yang mengalami masalah rambut botak ini pasti akan merasa runsing kerana sudah berhabis banyak duit tetapi masih tiada perubahan. Tahukah anda, rambut sebenarnya boleh dijaga melalui pemakanan seharian namun sebelum itu anda perlu tahu juga punca rambut botak.
Punca dan sebab keguguran rambut
Para pengkaji tidak mengetahui kenapa ada folikel rambut yang diprogramkan mempunyai jangka hayat yang pendek. Tetapi beberapa faktor dikatakan memainkan peranan penting dalam keguguran rambut.
Ianya adalah:
- Hormon yang tidak stabil
- Genetik: mereka yang mempunyai ibubapa yang mengalami masalah botak dan keguguran rambut akan mempunyai risiko yang sama
- Tekanan, penyakit dan juga kelahiran anak boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara
- Ubat seperti kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, ubat tekanan darah tinggi dan juga ubat perancang keluarga boleh menyebabkan keguguran rambut yang sementara
- Melecur: Melecur dikawasan kepala boleh menyebabkan masalah botak kerana folikel pada bahagian kulit telah pun mati
- Penyakit autoimun: Penyakit autoimun boleh menyebabkan masalah keguguran rambut. Masalah tersebut dipanggil sebagai alopecia areata. Selalunya, rambut akan mula tumbuh balik selepas beberapa tahun
- Produk kosmetik: Penggunaan shampoo yang selalu, warna rambut, melunturkan warna rambuh akan menyebabkan rambut menjadi rapuh dan senang gugur. Selalunya masalah keguguran rambut yang berpunca daripada sebab ini tidak menyebabkan masalah botak. Masalah keguguran rambut tersebut akan sembuh apabila mereka mengelakkan daripada melakukan aktiviti-aktiviti tersebut
- Beberapa jenis penyakit: Terdapat beberapa jenis penyakit yang menyebabkan masalah keguguran rambut seperti hipotiroid, systemic lupus erythematosus, kencing manis, kurang zat besi. Selalunya apabila penyakit-penyakit ini dirawat, masalah keguguran rambut akan menjadi sembuh seperti sedia kala
- Diet: Pengambilan diet yang rendah protein boleh menyebabkan protein di dalam badan berkurangan dan folikel tidak mampu menghasilkan rambut. Ini kerana keratin di dalam rambut itu berasal daripada protein.
Jenis Makanan Mencantikkan Dan Melebatkan Semula Rambut Botak
Nak tahu makanan apa yang dapat membantu anda mencantikkan dan melebatkan semula mahkota anda itu, jom lihat senarai dibawah.
1. Ikan Salmon
Sudah ternyata ikan salmon memang sangat kaya dengan protein, omega-3, vitamin B12 dan zat besi. Makan ikan salmon dapat membantu untuk menghindarkan rambut anda daripada terhidrasi/kering. Rambut anda akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah gugur, malah asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan salmon akan melindungi kulit kepala daripada berkelimumur.
2. Brokoli
Untu pengetahuan anda, sayur hijau ini mengandungi vitamin yang sangat diperlukan oleh rambut. Kandungan vitamin A, C, dan B6 yang akan membuatkan rambut anda lebih kuat dan halus, malah akan menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelembap semulajadi pada rambut anda. Manakala kandungan kalsiumnya pula akan membantu menguatkan lagi folikel rambut.
3. Kacang
Individu yang kekurangan vitamin H, akan mudah mengalami masalah rambut rosak dan gugur. Kandungan nutrisi dalam kekacang seperti protein, zink, zat besi dan vitamin H ini yang akan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan rambut baru. Kacang yang pling sesuai untuk dimakan adalah kacang merah, kacang hijau dan kacang gepang.
4. Daging Ayam
Jumlah protein yang terdapat pada daging ayam tanpa lemak sangat baik untuk menguatkan lagi rambut anda. Manakala kandungan zat besi dan vitamin B yang terkandung didalam daging ayam juga akan membantu menguatkan lagi akar rambut supaya tidak mudah gugur.
5. Telur
Protein yang terdapat dalam putih telur sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia. Manakala kuning telur pula sangat kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang dapat mengurangkan kerosakan rambut. Ia juga akan membuatkan rambut menjadi lebih berkilau dan sihat.
6. Bijirin Penuh
Makan bijirin penuh dapat mengelakkan kepala menjadi botak. Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam bijirin penuh ini merupakan bahan antioksida semulajadi yang akan melindungi dan bertanggungjawab untuk memelihara kesihatan rambut.
7. Tiram
Tiram bukan sahaja kaya dengan protein malah kandungan zink yang terdapat didalamnya akan membantu anda mempercepatkan lagi pertumbuhan rambut. Malah ia akan melindungi kulit kepala menjadi kering dan bersisik.
BACA JUGA: 8 Petua Lebatkan Rambut Nipis Atau Gugur