Inilah 10 Tip Kurangkan Lemak Dalam Masakan

Kebiasaanya perkataan lemak ini memang ditakuti ramai terutamanya kaum wanita lah kan. Rasanya bila sebut je lemak apa yang kita paham adalah gemuk, makanan tidak sihat, obesiti dan macam-macam lagi.

Tapi tahu tak sebenarnya bukan semua lemak tidak baik. Fungsi sebenar lemak adalah untuk membekalkan tenaga dalam badan manusia. Asid lemak juga penting untuk membantu tubuh kita menyerap vitamin A,D,E dan K.

Apa yang menjadikan lemak itu merbahaya adalah apabila jumlah pengambilannya. Jika berlebihan maka terjadi lah berat badan berlebihan atau timbul pula penyakit seperti kolestrol dan juga jantung.

Disini kami kongsikan dengan anda cara bagaimana untuk kurangkan pengambilan lemak dalam makanan.

kurangkan lemak dalam masakan, cara masak makanan berlemak, makanan berlemak, lemak dalam masakan, lemak dalam makanan, menu diet

1. Kurangkan makan makanan bergoreng. Gunakan ‘Air Fryer’ untuk menggoreng (mohon google sendiri kegunaan dia).

2. Buang kulit dan lemak yang melekat pada bahagian daging atau ayam sebelum dimasak.

3. Hadkan penggunaan minyak semasa menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masak supaya dapat mengurangkan minyak terserap dalam makanan.

4. Elakkan makan makanan bergoreng yang disalut tepung. Makanan yang bersalut tepung selalunya harus digoreng secara deep fried yang memerlukan minyak yang banyak.

5. Tukarkan penggunaan santan kepada susu tanpa lemak.

6. Gunakan rempah yang asli dalam masakan.

7. Gunakan kaedah lain dalam masakan seperti mengukus, merebus, dan memanggang.

8. Elakkan makan makanan ringan.

9. Elakkan makan makanan yang telah diproses.

10. Lebihkan makan sayur-sayuran serta buah-buahan dalam masakan.

Oleh itu, sebagai manusia anda harus bijak untuk menentukan dan mengamalkan pemakanan lemak yang seimbang bagi memastikan tubuh mempunyai kesihatan yang seimbang.

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

20 − 20 =