Lama Tak Start Kereta? Ini Tip Penting Korang Perlu Check Sebelum Mulakan Perjalanan

Lama Tak Start Kereta? Ini Tip Penting Korang Perlu Check Sebelum Mulakan Perjalanan | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial beroperasi mulai 4 Mei.

Walau bagaimanapun, sektor perniagaan dan orang awam dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Oleh itu, ramai di antara rakyat Malaysia sudah mula bekerja dan berikut adalah beberapa tips yang perlu disemak sebelum menggunakan kereta korang.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Ini 5 Tip Penjagaan Kereta Sepanjang PKP Wajib Korang Buat Kalau Sayang Kereta

Tips check kereta sebelum guna

Geng, hari isnin ni dah boleh start kerja. Aku rasa mesti ramai yang dah lama tak start kereta. Aku nak kongsi tips sikit apa yg korang perlu check sebelum guna kereta korang tu.

1. CHECK TAYAR Korang check lah pressure tayar korang tu cukup ke idok, kempis ke idok. Lepas check tayar korang ada merekah tak, masih tebal lagi atau dah botak. Bahaya kalau tayar merekah ni, bila-bila masa boleh meletup. Yela lama sgt kan cuti sampai terlupa nak check.

kereta

2. CHECK MINYAK ENGINE

Hat ni wajib check. Jangan buat buat tak nampak dipstick tu. Ada yang berkepala oren, ada yang berkepala kuning. Check sama ada minyak masih okay lagi ke tak, kalau kurang tu dah boleh hantar servis dah minta check ada leaking ke tidak.

Lama Tak Start Kereta? Ini Tip Penting Korang Perlu Check Sebelum Mulakan Perjalanan

Kalau minyak dah hitam tu atau pun terlebih dari millage dah boleh prepare duit hantar pergi servis minyak engine tu. Ohh jangan lupa check MINYAK GEARBOX sekali ya. Same steps apllied. Untuk kereta manual tak boleh check.

Lama Tak Start Kereta? Ini Tip Penting Korang Perlu Check Sebelum Mulakan Perjalanan

3. AIR RADIATOR

Yang ini pun boleh dikategorikan bahagian kritikal. Kena sentiasa check air radiator jangan sampai kering. Pernah ada satu customer habis RM3K sbb air radiator kering. Kalau radiator berkarat dah berbuih macam gambar bawah.

Pergi bengkel mintak diorang servis kan radiator. Takut lama sangat parking radiator korang tersumbat dengan keladak karat yang ada. Sebab tu aku selalu syorkan pakai Coolent Radiator untuk elak karat. Aku rasa brand Toyota ni paling elok. Tp jaga2 ada klon.

4. BRAKE PAD/HAND BRAKE

Kalau time korang pijak pedal brake ada bunyi berdesing, ini lah masalah dia. Brake pad worn out. Check lah brake pad tu tebal lagi ke tak, jengah je celah celah rim tu mesti nampak punya brake pad macam gambar bawah:

Okay bab handbrake pula. Aku nak bagi sikit tips yang aku pernah bagi dulu, KALAU KERETA PARKING LAMA HANDBRAKE JANGAN TARIK. Kalau korang tarik handbrake lepas tu park lama nnt handbrake korang akan jammed. So cara nak release dia, korang turun kan je handbrake.

And gerak kan kereta slow slow, sampai lah keluar bunyi macam mesin air ‘gedegang’ tu. Tu maknanya handbrake korang dah release, kalau tak jadi juga mmg kena call pomen lah tengok kan.

5. LAMPU KERETA

Benda ni nampak macam benda simple je, tapi kalau lah korang jalan malam lepas tu buka lampu, lampu tak menyala? Haaa kan gabra. Sediakan payung sebelum hujan. Step ni aku rasa aku tak payah ajar, semua orang tau.

Dan jangan lupa check sekali LAMPU BRAKE. Ni kalau nak check, kena ada dua orang. Sorang tekan brake, sorang check. Ada satu bahagian org selalu tak perasan and buat2 tak nampak, LAMPU THIRD BRAKE. Kalau tak hidup, pemandu lori biasa tak perasan korang brake, langsung dihentam.

6. BATTERY / ALTERNATOR

Hat ni pun penting juga. Kalau battery flat mcm mana nak start kerets arkk? Kalau korang nak parking lebih dari seminggu korang cabut lah kepala battery tu next time ya. Tak kisah buka mana satu kepala.

Kalau tak boleh start tu korang ada 2 method. Satu pakai cable jumper, satu lagi tukar batteri dgn battery kereta lain. Kalau pakai cable jumper kena ada tempat luas dan dua biji kereta. Kalau tukar2 battery tu korang nak kena ada spanar size 10 atau pun size 13.

Ini adalah alternator. Senang je nak check alternator boleh pakai lagi ke tidak, korang try buka kepala battery warna hitam/neutral. Kalau kereta korang mati on the spot alternator korang dah kong lah tu.

Aku rasa cukup kot basic things ni. Kalau banyak2 nnt bukan basic things dah. Lepas check tu korang basuh lah sekali kereta tu, amek mood nak kerja. Selamat berpuasa korang semua, jangan balik raya #stayhome

Sumber : sheikh_obaid

[/expander_maker]

 

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

4 × 1 =