Lemang Guna Tin Tak Selamat, Kita Buat Lemang Pakai Cawan Kertas. Lagi Senang!

Sebelum ini ada perkongsian buat lemang guna tin minuman, tapi yang ini lagi mudah. Guna cawan kertas saja, saiz cawan kertas tu depend lah korang nak lemang tu saiz panjang atau pendek tapi lebih mudah pakai cawan kertas yang pendek tu je.

Lagi pun baru-baru ini ada perkongsian menyatakan idea buat lemang guna tin tak berapa elok untuk kesihatan.

Yerlah kan dalam tin tu ada lapisan nipis plastik yang mengelakkan dari tin berkarat jadi bila kita panaskan kembali tin tu memang boleh memberikan kesan negatif pada kesihatan kita. [expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Lemang Tin Gunakan Air Fryer, Kukus Atau Bakar Dalam Oven Pun Boleh!

Jadi tahun ni kita buat lemang guna cawan kertas saja. Lagi jimat. Caranya boleh ikut perkongsian dari Bunda Nadiah.

lemang

Cara masak lemang guna cawan kertas

Bahan-bahan:

  • 1 kg pulut – rendam pulut dalam 2 jam untuk mempercepat masak lemang
  • 2 kotak santan kara- tambah 3 kotak air, guna kotak santan yg sama
  • Garam secukupnya
  • Daun pisang
  • Bekas cawan kertas

Cara membuat

1. Masukkan daun pisang dalam cawan. Kalau dapat daun yg kecil tak cukup lebar susun menegak dalam cawan. Gunting bulat daun pisang dan letak di bahagian dalam bawah cawan.

2. Gaul pulut yg dah direndam dgn garam dgn sedikit santan. Kemudian masukkan dalam cawan pulut, jangan penuh beri ruang untuk letak santan.

3. Tuang santan dalam cawan berisi pulut tadi dan kacai supaya santan tu turun ke bawah.

lemang

4. Masak dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180.Ini untuk dapatkan daun pisang tu hangit kena bakar.

5. Kemudian keluarkan dan kukus pula lemang tadi dalam pengukus selama lebih kurang 1 jam, sampai masak dan padat pulut.

lemang

Kalau tak mahu bakar dalam oven pun bole, terus kukus. Begitu juga kalau tak nak kukus boleh terus dibakar dalam oven. Ikut cita rasa.

6. Hasilnya

lemang lemang

Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI di group sebelah bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

1 × 1 =