Ramai Keliru, Bolehkah Kita Makan Di Waktu Imsak? Ini Penerangan Daripada JAKIM Buat Orang Ramai

Ramai yang keliru mengenai waktu Imsak, Imsak atau Subuh itu dikira bermulanya Puasa?

Jangan pening-pening, JAKIM ada keluarkan adakah masuk waktu Imsak bermulanya puasa di Facebook.

Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Waktu masuk imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum.[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Ini Cara Untuk Pastikan Kita Cukup Minum Air 8 Gelas Sehari

Namun, Selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan). Sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

waktu imsak

Sumber: Jakim Malaysia

[/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

fifteen + 4 =