Minum Air Putih 8 Gelas Sehari Walaupun Sedang Berpuasa, Ini Jadualnya!

Minum Air Putih 8 Gelas Sehari Walaupun Sedang Berpuasa, Ini Jadualnya! | Setiap hari kita sering dinasihatkan oleh doktor untuk minum air kosong atau air putih dengan mencukupi. Bila bercakap mencukupi kebanyakan doktor akan memberikan saranan agar kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas minuman sehari.

Kalau hari kebiasaan mungkin anda rasa ia bukanlah sukar mana untuk dilakukan. Paling senang beli sahaja bekas air besar dan letakkan sahaja di atas meja di pejabat. Pasti anda akan sentiasa minum air kosong sepanjang hari.

Tapi bagaimana pula dengan bulan Ramadan. Semasa berpuasa disiang hari memang kita tidak dibenarkan untuk minum jadi masa yang sesuai hanyalah ketika bersahur dan berbuka. Jadi adakah kita masih perlu minum air mencukupi?[expander_maker id=”1″ more=”TERUSKAN MEMBACA” less=”ARTIKEL LAIN”]

BACA: Petua Detox Dengan Minum Air Putih, Lihat Kesannya Selepas 30 hari!

Ya, sudah semestinya. Walaupun kita berpuasa lebih kurang 13 jam sehari namun janganlah pinggirkan kepentingan untuk minum air mencukupi.

Anda boleh lakukannya dengan mengikuti jadual seperti yang dikongsikan oleh page Public Health Malaysia. Dengan mengikuti jadual minum air putih 1 gelas mengikut masa diberikan anda boleh capai misi 8 gelas sehari.

BERIKUT GILIRAN MINUM AIR PUTIH SETIAP 1 GELAS SEPANJANG BULAN RAMADAN

1 GELAS
Selepas bangun sahur

1 GELAS
Selepas bersahur

1 GELAS
Selepas azan Maghrib @ waktu berbuka

1 GELAS
Selepas tunaikan solat Maghrib

1 GELAS
Selepas makan

1 GELAS
Selepas solat Isyak

1 GELAS
Setelah selesai solat Terawih

1 GELAS
Sebelum masuk tidur

minum air putih

BACA: Dah Bersuami Nak Cantik Dan Mantap Minum 4 Air Rebusan Ini

Genap 8 gelas untuk sepanjang hari pada bulan puasa. Siapa cakap kita tak boleh minum air putih sebanyak 8 gelas. Bagi anda yang ingin diet, turunkan berat badan serta ubah corak pemakanan inilah waktu yang paling sesuai sekali.

Anda boleh menentukan jadual minum air yang cukup bergantung kepada keselesaan anda sendiri, ada yang lebih memilih untuk minum air putih 3 cawan sebelum masuk waktu imsak dan selebihnya semasa tempoh berbuka. Apapun jadual yang anda buat asalkan sesuai dengan target untuk dapatkan 8 gelas air sehari sudah memadai. [/expander_maker]

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.

5 × 1 =